SHAH ALAM: Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara 9 dan 10 malam hari sama, selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 malam.
Beliau berkata dalam kejadian dipercayai berlaku lewat petang itu, sekumpulan lelaki dilaporkan menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah di Jalan Sungai Jati, Klang.
"Polis telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau serta dua topi keledar.
"Kesemua suspek yang antaranya mempunyai rekod jenayah lampau mengaku terlibat dengan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shamsul Amar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman selama dua hingga tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara 9 dan 10 malam Selasa. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di Gua Musang, Jumaat lepas.

Rusuhan bersenjata: Peniaga buah di Singapura diarah berkelakuan baik 3 tahun
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rusuhan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan tujuh tahun lalu.

22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata
Kesemua individu berusia 15 hingga 27 tahun ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu, kira-kira 9 pagi.

Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang
Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.

Polis minta Pengerusi PKR Perak bantu siasatan kes pergaduhan
Menurut SAC Fadzil Ahmat, kejadian dipercayai bermula apabila suspek terserempak dengan mangsa dan menolak mukanya sehingga berlakunya satu kekecohan.