Sebanyak 22 peratus daripada 804 premis makanan yang diperiksa di seluruh negara diklasifikasi sebagai tidak bersih, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata peratusan yang diperoleh daripada operasi secara rawak bagi tempoh 1 hingga 3 Julai lepas dianggap suatu perkara membimbangkan dan kementerian berharap semua pemilik premis makanan sentiasa mengambil berat faktor kebersihan.
"Sebagai contoh, ketika menjalankan satu operasi di Shah Alam, sebanyak 23 premis daripada 24 premis yang diperiksa telah diarahkan tutup kerana didapati tidak bersih.
"Ini juga berlaku di Negeri Sembilan yang mana daripada 18 premis makanan yang diperiksa, 11 telah diarahkan tutup," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Subramanaim berkata secara keseluruhan, sebanyak 158 premis atau 19.7 peratus diarah tutup selama dua minggu bagi memberi peluang pemilik premis menjalankan kerja pembersihan dan penambahbaikan.
Selain itu, sebanyak 19 notis memerintahkan kehadiran di mahkamah dikeluarkan kepada pengusaha makanan yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Beliau berkata peranan menjaga kebersihan tidak seharusnya diletak di bahu kerajaan semata-mata sebaliknya rakyat juga harus mengambil tindakan dengan memilih untuk membeli daripada premis makanan yang bersih.
"Saya menasihatkan rakyat untuk memilih tempat makan yang bersih, dan ini secara tidak langsung memberi mesej yang kuat kepada peniaga makanan untuk tidak mengabaikan ciri-ciri kebersihan dalam mengendalikan premis dan menyediakan makanan," katanya.
Subramaniam berkata tindakan itu juga akan dapat menghindar pembiakan haiwan yang memudaratkan kesihatan seperti lipas dan tikus, seterusnya mengekang penularan wabak berbahaya seperti penyakit kencing tikus.
Beliau berkata operasi sedemikian akan diteruskan selama dua minggu dan lokasi yang diberi tumpuan ialah di Kuala Lumpur serta Selangor.
"Lebih daripada 1,000 pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan terlibat dalam operasi ini dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya.
Sempena ketibaan bulan puasa, Subramaniam berkata pihaknya akan memeriksa premis di bazar Ramadan bagi memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat.
Bernama
Sat Jul 06 2013
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
AWANI Tonight: Gaza: 'Kids aren’t terrorists' – UN Commission
A UN commission has condemned the rising number of child deaths in Gaza amid ongoing Israeli strikes in the Palestinian enclave.
AWANI Tonight: FashionValet: Fahmi urges Khazanah, PNB to explain RM47 mil loss
Communications Minister Fahmi Fadzil has urged Permodalan Nasional Bhd (PNB) and Khazanah Nasional to explain their RM43.9 million loss after selling their FashionValet stake for only RM3.1 million.
AWANI Tonight: Breast cancer: Fighting stigma and misinformation
To mark Breast Cancer Awareness Month, oncologist Dr. Azura Rozila and her patient, Natasha, discuss the importance of fighting stigma and misinformation, which have left many hesitant about screening and early diagnosis.
AWANI Ringkas: Peningkatan pengunjung ke selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 31 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 31 Oktober 2024
1️⃣ Dua termasuk pengerusi warga asing ditahan SPRM
2️⃣ Peningkatan pengunjung ke selatan Thailand
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu, perarakan di Sentosa
#awaniringkas
1️⃣ Dua termasuk pengerusi warga asing ditahan SPRM
2️⃣ Peningkatan pengunjung ke selatan Thailand
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu, perarakan di Sentosa
#awaniringkas
Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM
Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Dr. Jufitri Joha berkata Israel wajar dilucutkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan negara haram itu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Jelasnya, tindakan tersebut adalah wajar berikutan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa. #DialogTigaPenjuru
Israel haramkan UNRWA untuk nafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air – MERCY Malaysia
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faisal Mohd Perdaus berkata tindakan Israel meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah untuk menafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air. Jelasnya, dendam Israel terhadap badan dunia itu telah lama membuak kerana keberadaan pertubuhan itu mengesahkan kekejaman yang menimpa penduduk Palestin. #DialogTigaPenjuru
Israel dijangka lancarkan operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata Israel dijangka akan melancarkan operasi ketenteraan keatas kem-kem pelarian yang diuruskan oleh Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA), selepas badan dunia itu dinyahkan daripada bumi Palestin. Jelasnya, Rang Undang-undang (RUU) yang diluluskan bagi mengharamkan pertubuhan berkenaan adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan keatas sebarang kezaliman yang bakal berlaku kelak di fasiliti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Konflik Asia Barat: 'Anak saya terpaksa hidup dengan kesakitan'
Hospital Geitaoui di Beirut, tempat Ivana sedang mendapatkan rawatan, telah menerima lapan kanak-kanak dengan kecederaan melecur sekurang-kurangnya pada tahap tiga.
Perokok guna pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan
Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Perokok gagal fahami kawasan larangan merokok di tempat makan - Shaani
Budaya merokok di tempat makan tidak akan dapat diubah dalam masa terdekat walaupun larangannya sudah dikuat kuasakan mulai tengah malam 1 Januari.
Selamat tinggal asap rokok di tempat makan!
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata larangan ini bertujuan untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.
Vape dan shisha turut dicadang supaya dilarang di semua premis makanan
Penggunaan rokok elektronik sememangnya sudah dimasukkan sebagai takrifan merokok dalam pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Sampai bila pilih premis makanan kotor?
Adakah melihat tikus-tikus berkeliaran di bawah kerusi dan meja di medan selera suatu yang dianggap biasa di Malaysia?
Ini senarai terlazat! Lebih 10 tempat makan wajib anda kunjungi di Taiping
Apa tarikan pelancongan di Taiping? Macam-macam. Bagaimana pula kalau lapar? Senarai ini mungkin boleh membantu kembara gastronomi anda!
Pembiakan tikus: Peniaga tidak mahu terus dipersalahkan
Kerjasama antara pihak berkuasa, peniaga dan pelanggan penting bagi membasmi masalah pembiakan tikus di ibu kota.
22 peratus premis makanan yang diperiksa diklasifikasi sebagai tidak bersih
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata peratusan yang diperoleh daripada operasi secara rawak bagi tempoh 1 hingga 3 Julai lepas dianggap suatu perkara membimbangkan.