Rokok elektronik (vape) dan shisha dicadangkan supaya turut disenarai di bawah peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun depan.
Prinsipal Akademi Farmasi Malaysia Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed dalam mengutarakan cadangannya berkata selain untuk menjaga kesihatan awam, penggunaan rokok elektronik sememangnya sudah dimasukkan sebagai takrifan merokok dalam pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
"Selain itu, kita juga tahu hampir kesemua perisa vape yang digunakan pengguna alatan itu mengandungi nikotin, iaitu bahan kawalan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 di mana ia sepatutnya hanya boleh dijual pengamal perubatan berdaftar seperti ahli farmasi ataupun doktor.
"Wap yang dihasilkan daripada aktiviti 'vaping' tidak kira sama ada daripada perisa yang mengandungi nikotin atau tidak, boleh menimbulkan kesan kepada kesihatan dan ketidakselesaan kepada orang-ramai, " katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi shisha pula, ia sememangnya mengandungi bahan daripada tembakau yang termasuk di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau dan wajar turut dilarang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata vape dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan berkenaan tetapi kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan produk-produk itu.
Menurut Dr Mohamad Haniki cadangan mengadakan kawasan khas untuk pengguna produk berkaitan tembakau di premis makanan adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan, namun pilihan yang lebih baik ialah mereka berhenti dari mengambilnya dengan bantuan ubat-ubatan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Contohnya mereka boleh mengunyah gula-gula nikotin. Langkah terbaik ialah berhenti merokok atau menggunakan sebarang produk tembakau lain agar risiko penyakit dan kematian dapat dikurangkan dengan signifikan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar semua produk berkaitan tembakau tidak kira rokok, vape mahupun shisha hanya dijual di premis khas dan berlesen bagi mengawal penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
"Pada ketika ini banyak terdapat produk tembakau yang tidak berdaftar termasuk rokok dan perisa vape. Jika kita menetapkan penjualannya di premis berlesen yang dijaga pengamal perubatan berdaftar, kita boleh mengawal kerana kita tahusiapa yang menjualnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018

Penggunaan rokok elektronik sememangnya sudah dimasukkan sebagai takrifan merokok dalam pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.

Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.

Haniff Khatri saman kerajaan, Menteri Kesihatan isu larangan merokok di pejabat swasta
Sebagai seorang perokok tegar permohonan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan tujuan beliau berbuat demikian ialah kerana pejabatnya adalah milikan tunggal.

8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Oktober 2024.

Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.

Akta 852 terima sokongan masyarakat, perlu tingkat kesedaran larangan merokok
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada Selasa mendapat reaksi positif daripada rakyat.

JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.

Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.

RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan terhadap 18,178 premis sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.