KUALA LANGAT: Enam parah manakala 15 lagi cedera setelah bas dinaiki kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) terbabas ke dalam parit dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.07 tengah hari.

"Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting serta Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.18 tengah hari.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas milik Pejabat SUK Selangor dinaiki 21 individu serta sebuah motosikal," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. - Sinar Harian


BERITA LANJUT MENYUSUL