Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu pada jam 2.15 pagi.
Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit jentera Perkhidmatan Perawatan dan Penyelamatan Kecemasan (EMRA) dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi.
"Kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres dan dua buah lori.
"Pemandu bas dan pemandu lori tersepit di tempat duduk. Bomba kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Tambah beliau, pemandu bas yang tersepit di tempat duduk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 5.21 pagi," katanya. - Sinar Harian