MELAKA: Kerajaan Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang terbabit dalam kemalangan di Rompin, Pahang awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Melaka menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga rombongan guru SK Jeram yang terlibat dalam kemalangan di Rompin, Pahang, dan akan memantau perkembangan tragedi tersebut.
  • Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyatakan duka cita terhadap tragedi tersebut dan berdoa agar roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
  • Kerajaan negeri Melaka akan memberikan bantuan segera kepada mangsa yang cedera dan akan membantu dalam urusan pengebumian mangsa terkorban yang terlibat dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat pagi tadi.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri akan memantau perkembangan tragedi itu dari semasa ke semasa.

"Kerajaan negeri berduka dengan tragedi yang menimpa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh (mangsa yang terkorban) dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ab Rauf, pihaknya akan menziarahi dan memberikan bantuan segera kepada semua mangsa yang cedera dan urusan pengebumian mangsa terkorban akan dibantu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Tiga individu terkorban dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi, membabitkan bas persiaran yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu.

Bas tersebut yang dalam perjalanan membawa guru dari SK Jeram, Masjid Tanah, bersama anak mereka ke Terengganu, dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

-- BERNAMA