Ringkasan AI
- Lawatan rasmi dan kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjakkan pelaburan dan eksport, serta menjulang nama Malaysia di persada dunia.
- Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan atas peranan dalam memperjuangkan isu-isu global, termasuk keadilan untuk rakyat Palestin.
- Lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara pada 2024 menghasilkan potensi pelaburan sebanyak RM115.2 bilion, dengan pelaburan terbesar dari Jerman, Korea Selatan, dan Australia.
Beliau berkata Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan dalam memperjuangkan isu-isu global terutama mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.
"Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan.
"Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, ia mengimbau lawatan rasmi dan lawatan kerja Perdana Menteri ke luar negara pada 2024 termasuk ke Singapura, Brunei, Indonesia, China, Australia, Rusia, Jerman, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan, Jepun, India, Peru dan Brazil.
Sebanyak RM115.2 bilion (US$25.2 bilion) potensi pelaburan terhasil daripada keseluruhan lawatan berkenaan antaranya Jerman (RM46 bilion), Korea Selatan (RM32.8 bilion), Australia (RM24.5 bilion), Jepun (RM1.45 bilion) dan India (RM4.8 bilion).
Selain itu, Malaysia menerima 35 lawatan rasmi dan kunjungan hormat pembesar negara asing antaranya Kemboja, Argentina, China, Kyrgyzstan, Mesir dan Bahrain.
-- BERNAMA