Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangka tahun 2020 lebih baik susulan pencapaian progresif pada 2019 dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif utama strategik yang menyumbang kepada transformasi pendigitalan dan kesalinghubungan di Malaysia.
Antara inisiatif utama pada 2019 termasuk pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), pameran teknologi generasi kelima atau 5G Malaysia, pengumuman rangka kerja Identiti Digital Kebangsaan serta peristiwa penutupan siaran TV analog yang bersejarah.
"SKMM dapat melaksanakan program dan inisiatif strategik tersebut walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, hasil usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak berkepentingan termasuk orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Antara kejayaan pada 2019 ialah pelaksanaan Standard Mandatori untuk Harga Capaian (MSAP) yang mengurangkan harga pakej jalur lebar berkelajuan tinggi lebih daripada 40 peratus, melepasi sasaran awal sebanyak 25 peratus.
"Inisiatif ini memberi manfaat kepada jutaan isi rumah dan perniagaan di Malaysia, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana," jelas SKMM.
Menurut SKMM, selain MSAP, penyedia perkhidmatan turut menawarkan kelajuan jalur lebar yang lebih pantas pada harga yang sama atau lebih rendah kepada pelanggan baharu dan sedia ada, sejajar dengan wawasan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk kelajuan jalur lebar berganda pada separuh harga.
Pelan dinamik lima tahun NFCP pula dilancarkan pada 19 Sept lepas bagi memantapkan kesalinghubungan digital negara dan memastikan prasarana penting disediakan untuk menawarkan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, mampu milik dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia, jelasnya.
Suruhanjaya itu memaklumkan fasa pertama projek NFCP akan dianugerahkan kepada pemegang lesen yang berjaya pada Januari 2020, yang menandakan permulaan pelaksanaan NFCP.
Malaysia, menurut SKMM, telah muncul sebagai peneraju dalam memperkenalkan 5G di rantau ASEAN.
Menurut SKMM, sehingga 30 Sept lepas, projek demonstrasi 5G telah melibatkan sebanyak 55 kes kegunaan di 32 lokasi di enam buah negeri.
"Malaysia berada di landasan yang betul dalam pengkomersialan 5G pada pertengahan tahun 2020, memandangkan peningkatan permintaan untuk kesalinghubungan yang cukup pantas seiring dengan perkembangan ekonomi global," jelas SKMM.
Pada 2019, inisiatif Identiti Digital Kebangsaan diperkenalkan dan SKMM dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk tampil dengan satu rangka kerja Identiti Digital Kebangsaan yang selamat dan terjamin, membabitkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sepanjang tahun.
Suruhanjaya telah melantik firma perunding untuk menjalankan kajian Identiti Digital Kebangsaan yang menyeluruh selama tujuh setengah bulan bermula dari 21 Nov 2019.
"Kajian ini akan tertumpu kepada penentuan model pelaksanaan yang sesuai, analisis manfaat kos, serta pelaksanaan strategi yang akan memanfaatkan kepentingan bersama dalam kalangan rakyat, perniagaan dan kerajaan," katanya.
Menurut SKMM, penyempurnaan penutupan siaran TV Analog (ASO) di bawah Projek Digitalisasi Penyiaran Nasional juga satu peristiwa yang bersejarah bagi Malaysia.
"Penutupan ASO terakhir di Sabah dan Sarawak pada 31 Okt 2019, menandakan peralihan rasmi daripada siaran TV analog tradisional kepada siaran TV Digital Terestrial (DTT).
ASO bertujuan untuk memenuhi kualiti transmisi televisyen yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Kira-kira dua juta dekoder myFreeview percuma telah diedarkan kepada penerima B40 terpilih," katanya.
Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak dalam kenyataan itu berkata SKMM sedar akan cabaran-cabaran baharu dan perkembangan teknologi pengganggu yang akan memberi impak kepada semua sektor.
"Terdapat banyak lagi inisiatif yang kita sedang laksanakan, umpamanya pelaksanaan projek-projek demonstrasi NFCP dan pengkomersialan 5G menjelang suku ketiga 2020.
"Ini adalah pelan terbesar yang bakal menjadi asas kepada kemaraan negara ke dekad seterusnya dan menjadi teras penting kepada Malaysia untuk kekal berdaya saing dari segi aspek ekonomi, sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019

SKMM telah melantik firma perunding untuk menjalankan kajian Identiti Digital Kebangsaan yang menyeluruh selama tujuh setengah bulan bermula dari 21 Nov 2019.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.

Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.

Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.

Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.