PUTRAJAYA: Malaysia merancang untuk menampilkan sekurang-kurangnya 40 kes-kes penggunaan rangkaian persendirian 5G dalam sektor-sektor seperti pembuatan, minyak dan gas, logistik, penjagaan kesihatan dan perladangan menjelang waktu negara mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada 2025.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun selepas perkhidmatan itu dilancarkan.
"Usaha berterusan untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan pelbagai perusahaan adalah penting untuk transformasi digital Malaysia. Ia meletakkan Malaysia sebagai peneraju 5G semasa Malaysia menjadi pengerusi ASEAN 2025, dan mengukuhkan pegangan kita terhadap pelaburan serta faedah berkaitan digital di rantau ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata rangkaian 5G Malaysia telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada firma analisis internet global seperti OOKLA, Opensignal dan Glotel.
Menjelang akhir April 2024, Malaysia mempunyai lebih 13 juta pelanggan 5G, bersamaan dengan kadar penembusan 40 peratus.
"Semasa pengguna akan mendapat manfaat daripada kelajuan lebih pantas dan pengalaman mudah alih yang dipertingkatkan melalui 5G, penggunaan teknologi oleh perusahaan akan menjadi transformatif. Ia akan merevolusikan operasi perniagaan, kerjasama dan inovasi," katanya.
Gobind berkata Digital Nasional Berhad (DNB) bekerjasama dengan kerajaan, kementerian berkaitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat telekomunikasi dan perusahaan untuk mempromosikan penggunaan teknologi 5G dalam semua industri Malaysia.
Pada masa ini terdapat 12 projek perusahaan yang melibatkan percubaan 5G merentas pelbagai sektor, termasuk pembuatan, minyak dan gas, logistik, penjagaan kesihatan dan perladangan.
"Di sebalik percubaan awal ini, terdapat minat yang ketara daripada perusahaan di seluruh negara ketika mereka memulakan perjalanan dalam pendigitalan operasi mereka. Lebih 90 projek dan kes penggunaan lain berada dalam pelbagai peringkat pembangunan, dengan 30 dijangka beroperasi menjelang akhir tahun," katanya.
Gobind menyebut bahawa DNB menyasarkan untuk menyediakan rangkaian 5G kepada 237 taman perindustrian utama di seluruh negara, meningkatkan produktiviti dengan ketara dan menarik pelaburan yang lebih besar.
DNB juga bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mengenal pasti perusahaan dalam taman perindustrian dan zon ekonomi untuk memulakan perjalanan pendigitalan 5G mereka.
Beliau berkata sehingga April 2024, liputan 5G telah diwujudkan di 95 taman perindustrian di seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.

Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.

Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.

Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.