Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, tujuh pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing tiga di Melaka Tengah dan Jasin.
"Jumlah mangsa banjir yang ditempat di pusat pemindahan di Alor Gajah adalah seramai 1,491 orang, pusat pemindahan di Melaka Tengah (1,078 orang) dan Jasin (90 orang)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi Alor Gajah, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam adalah seramai 552 orang,
Balai Raya Taman Seri Bayu (492 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (328 orang), Sekolah Kebangsaaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).
Katanya bagi Melaka Tengah pula, seramai 875 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang), dan Sekolah Kebangsaan Kerubong (85 orang).
Effendy berkata seramai 62 mangsa pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 orang).
Beliau berkata JPAM dan beberapa pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan anggota tentera memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 671 orang daripada 166 keluarga pagi ini.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata setakat pukul 6 pagi ini, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Tampin dan masing-masing satu di daerah Rembau serta Port Dickson.
Di Tampin, sejumlah 598 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (22 orang); Balai Raya Parit Buloh, Air Kuning (17 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (tujuh orang) dan Sekolah Kebangsaan Ladang, Gemas (empat orang).
Selain itu, di Lubok Cina, Rembau (14 orang) dan Surau Kampung Nerambai, Port Dickson (sembilan orang), katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Malam tadi sejumlah 511 mangsa banjir daripada 116 keluarga berada di enam pusat pemindahan.
Bernama
Sun Feb 07 2016
![2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini 2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61454770430_BanjirKilat.jpg)
Keadaan sebuah rumah di Kampung Pangkalan daerah Alor Gajah digenangi air akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan semalam. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Banjir Melaka: Mangsa berkurangan kepada 304 orang pagi ini Banjir Melaka: Mangsa berkurangan kepada 304 orang pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606186752_BANJIRTERMENUNG.jpg)
Banjir Melaka: Mangsa berkurangan kepada 304 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di SK Durian Tunggal kekal 13 orang daripada tiga keluarga manakala di SK Ayer Molek, jumlah mangsa berkurang kepada 89 orang.
![Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605907618_SulaimanMdAli.jpg)
Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan
Peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan.
![69 mangsa banjir dipindahkan di Melaka 69 mangsa banjir dipindahkan di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602968785_banjir.jpg)
69 mangsa banjir dipindahkan di Melaka
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban, serta Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh di Tehel.
![Mangsa banjir kilat Melaka terus menurun, hanya tujuh PPS masih aktif Mangsa banjir kilat Melaka terus menurun, hanya tujuh PPS masih aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562603745_BanjirMelaka.jpg)
Mangsa banjir kilat Melaka terus menurun, hanya tujuh PPS masih aktif
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya tujuh buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif.
![Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542685864_BANJIR.jpg)
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 868 mangsa daripada 239 keluarga malam tadi.
![Melaka dilanda banjir, dua pusat pemindahan dibuka Melaka dilanda banjir, dua pusat pemindahan dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41504162996_hujan.jpg)
Melaka dilanda banjir, dua pusat pemindahan dibuka
Setakat 8 pagi ini, seramai 32 orang penduduk melibatkan tujuh keluarga dari Kampung Air Panas Bemban dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Seri Bemban.
![Mangsa banjir Melaka terus meningkat Mangsa banjir Melaka terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502437710_banjir.jpg)
Mangsa banjir Melaka terus meningkat
Dua pusat pemindahan yang baru dibuka ialah di Surau Solok Bukit Baru di daerah Melaka Tengah dan Balai Raya Kampung Sungai Jeram di daerah Alor Gajah.
![Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 124 orang Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 124 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485400633_Banjir.jpg)
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 124 orang
Jumlah mangsa banjir kilat di Alor Gajah dekat sini meningkat kepada 124 orang setakat 11.30 pagi ini berbanding 103 orang, awal pagi tadi.
![2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini 2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61454770430_BanjirKilat.jpg)
2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.