KUALA LUMPUR: Purata peningkatan trafik harian di lebuh raya utama mampu mencecah sehingga 2.52 juta kenderaan pada hari-hari puncak menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan, pertambahan jumlah kenderaan ini dijangka berlaku secara berperingkat bermula 14 Jun (semalam) hingga 18 Jun 2024 (Selasa).
Kata LLM, daripada jumlah tersebut, purata trafik di lebuh raya lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS Berhad dijangka mencapai sehingga 2.2 juta kenderaan.
"Manakala di Lebuhraya KL Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) masing-masing mencecah sehingga 181,000, 80,000 dan 60,000 kenderaan setiap hari sepanjang tempoh ini," kata LLM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, LLM memaklumkan mengambil usaha untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya dengan mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil langkah-langkah bagi meminimakan kesan peningkatan trafik.
"Antaranya, mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula pada 12 hingga 19 Jun ini.
"Sebagai satu usaha bagi mengurangkan kesesakan, LLM dan Syarikat Konsesi akan mengaktifkan 20 lokasi laluan ‘smart lane’ di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti di Lebuhraya PLUS bermula 14 Jun sehingga 18 Jun dan laluan ‘tidal flow’ di Lebuhraya KL- Karak pada 18 Jun.
"LLM turut memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai trafik yang tinggi," ujarnya.
LLM berkata, pihaknya turut memastikan Syarikat Konsesi menyediakan anggota Emergency Response Team (ERT) yang secukupnya bagi mempercepatkan tempoh tindakan untuk menangani sebarang insiden yang berlaku di lebuh raya.
"Ini termasuk menyediakan kemudahan tambahan bagi tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2.
"LLM turut nasihkatkan pengguna merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA oleh pihak PLUS Berhad bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) oleh pihak Anih Berhad bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.
"Memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan dan memastikan baki kad touch and go dan e-wallet adalah mencukupi," katanya.
LLM berkata, pengguna yang melalui jajaran yang terlibat dengan pengaktifan ‘smart lane’ boleh menggunakan bahu jalan sebagai laluan alternatif ketika berlaku kesesakan dan dinasihatkan mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan.
LLM turut menasihatkan pengguna motosikal supaya berhati-hati jika menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya dan berteduh di tempat berteduh penunggang motosikal yang telah disediakan semasa cuaca buruk.
Afiezy Azaman
Sat Jun 15 2024

Purata peningkatan trafik harian di lebuh raya utama mampu mencecah sehingga 2.52 juta kenderaan pada hari-hari puncak menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini. - Gambar fail Astro AWANI

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM
Pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula 14 Jun (semalam) hingga 18 Jun 2024 (Selasa).

Insiden DASH: Kebajikan mangsa jadi keutamaan - Prolintas
Segala urusan berkaitan kebajikan mangsa kejadian perancah besi jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya DASH akan diberikan keutamaan.

Tol Gombak sesak: Polis sahkan pengguna ada surat kebenaran rentas negeri
Hasil pemeriksaan selama empat jam bermula 9.30 pagi, kebanyakan pengguna lebuh raya tersebut mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri.

Penyenggaraan jalan persekutuan libatkan 60 peratus kontraktor Bumiputera
Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.

Tan Cheng Hoe ucap takziah, harap Syafiq tabah
Dengan sokongan ahli keluarga, rakan sepasukan dan penyokong, Cheng Hoe berharap Syafiq akan kembali pulih dan meneruskan kehidupan.

Berbasikal di lebuh raya tetap dilarang, denda RM300 hingga RM2,000 jika ingkar
Mereka yang gagal mematuhi papan tanda larangan berbasikal adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PLUS tutup sementara laluan ke utara Putra Heights-USJ, Lebuhraya Elite
Sehubungan itu, PLUS akan membuka laluan kontra di KM13.5 hingga KM11.4 bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

Trafik lancar, pergerakan kenderaan meningkat di PLUS dan Karak
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di lebuhraya PLUS dan Karak.

Kerajaan terima empat tawaran ambil alih PLUS
Kementerian Kerja Raya mengesahkan setakat ini menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS)

Ambil alih empat lebuh raya tidak libatkan kos kerajaan - Guan Eng
Bayaran itu masih mampu dibuat meskipun kerajaan mengurangkan kadar tol pada waktu-waktu tertentu serta tanpa sebarang kenaikan tol pada masa depan.