SUNGAI BAKAP:Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe turut menzahirkan ucapan takziah kepada pemain kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan bayi lelaki dan ibu mertua dalam kemalangan di Kilometer 163.6 Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.
Beliau tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 1.55 petang bagi memberi semangat buat penyerang JDT itu.
Jelasnya, dia turut bersimpati dengan situasi yang dihadapi Muhammad Syafiq dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan selepas kehilangan anak dan ibu mertuanya.
Beliau berkata dengan sokongan ahli keluarga, rakan sepasukan dan penyokong beliau berharap Muhammad Syafiq akan kembali pulih dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.
"Buat masa ini kita nampak Syafiq dlm keadaan cukup tenang. (Dia) kena tabah lah. Setakat ini bukan senang untuk dia terima kehilangan anak dan mak mentua serta pembantu rumah dia.
"Sebagai jurulatih, kita bagi nasihat dan doa semoga waktu terdekat ini dia dalam keadaan normal balik. Bukan senang bagi mana-mana individu yang kehilangan orang kesayangan.
"Harap beliau dapat kembali hidup seperti normal. Bukan senang. Harap sokongan kawan dan keluarga juga semua rakyat. Beri doa yang terbaik," ujar Cheng Hoe.
Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata Muhammad Syafiq tidak terlibat dengan sebarang latihan selepas pembatalan Piala Malaysia ekoran pandemik COVID-19.
BACA: "Kami bersama anda, Syafiq" - Komuniti bola sepak
BACA: Jenazah ibu mentua, anak Syafiq Ahmad dikebumi dalam satu liang
"Sepatutnya memang ikut jadual asal, (pasukan) kebangsaan akan adakan latihan selepas final Piala Malaysia tapi disebabkan (kejohanan) dibatalkan maka tiada apa-apa latihan.
"Dalam keadaan macam ni, perlu berikan Syafiq masa untuk pulihkan keadaan. Buat sementara dia memang akan lupakan bola, maka kita kena banyak berikan sokongan," katanya.
Dalam kejadian jam 4 pagi Ahad, tiga termasuk bayi 22 hari maut, manakala tiga lagi cedera selepas Toyota Vellfire dipandunya terbabas di Kilometer 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Aisy Saqeef 22 hari, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Muhammad Syafiq dan anak perempuannya berusia 2 tahun, Aaira Nur Saffiyya hanya cedera ringan, manakala isteri yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, parah dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Dec 06 2020

Cheng Hoe sedang memperkatakan sesuatu pada Syafiq sewaktu menziarahinya. - Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.

Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.

Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.

Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.

Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.

Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.

Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.