Aliran trafik di lebuh raya dan jalan-jalan utama di seluruh negara lancar pada hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di Lebuhraya PLUS dan Karak.
“Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 11 individu ditahan dan direman polis pada Jumaat akibat kesalahan ingkar arahan PKPP.
Selain itu, polis turut mengeluarkan kompaun kepada empat individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jun 13 2020
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di Lebuhraya PLUS dan Karak. - Foto Bernama
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Buat penilaian kendiri apabila pulang ke kampung - Ismail Sabri
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman perlu membuat penilaian kendiri dalam memastikan diri dan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan yang selamat.
Trafik lancar, pergerakan kenderaan meningkat di PLUS dan Karak
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di lebuhraya PLUS dan Karak.