KUALA LUMPUR:Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.
Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan memperuntukan RM375 juta untuk penyenggaraan jalan persekutuan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Inisiatif Prihatin.
"Bagi kontrak penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia, terdapat klausa khusus yang mana syarikat konsesi perlu memastikan 60 peratus penyertaan daripada kerja senggaraan melibatkan kontraktor Bumiputera.
"Syarikat-syarikat konsesi itu kemudiannya akan mengagih-agihkan kepada kontraktor kecil, khasnya kelas G1 hingga G4 melalui konsep penswastaan.
"Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada kontraktor kecil untuk terlibat dalam projek kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Semalam, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff mendakwa, tindakan kerajaan yang meluluskan sesetengah bidang kerja kepada syarikat konsesi pembinaan di seluruh negara seolah-olah ingin menghapuskan kontraktor kecil Bumiputera.
BACA: Lulus projek kepada syarikat konsesi akan hapuskan kontraktor kecil Bumiputera
Tindakan itu dakwanya hanya menyebabkan projek tertentu dimonopoli syarikat yang dikatakan ada kepakaran dalam bidang itu sahaja.
Mengulas lanjut, Kementerian Kerja Raya berkata, kontraktor-kontraktor kecil perlu berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperolehi syarikat konsesi yang dilantik kerajaan.
"Kerajaan pastinya memberikan latihan, seminar, tunjuk ajar dalam mendapatkan projek apabila mana-mana kontraktor mendapat lesen yang sah dan telah diperakui," jelasnya.
Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, beberapa projek mega lain seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Tren Aliran Transit Massa (MRT) dan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) pastinya membuka lebih banyak peluang.
Pada masa yang sama katanya, para kontraktor juga perlu mempertingkatkan kemampuan dan kemahiran yang ada terutama apabila berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang membawa cabaran besar kepada semua yang terlibat dalam industri pembinaan ini.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 29 2021

Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan memperuntukan RM375 juta untuk penyenggaraan jalan persekutuan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Inisiatif Prihatin. - Gambar hiasan/BERNAMA
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Pengumuman berkaitan tol sempena Krismas dijangka Jumaat ini
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi bayangan pengumuman berkaitan tol sempena perayaan Krismas, berkemungkinan dibuat Jumaat ini.

KKR jangka sistem tol MLFF dapat dilaksanakan pada 2025
Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Agensi, konsesi diarah proaktif selenggara jalan raya seluruh negara - Nanta
Beliau berkata isu penyelenggaraan jalan raya tidak boleh dipandang enteng berikutan jalan raya digunakan pengguna hampir setiap masa.

60 peratus Jalan Persekutuan sudah capai tempoh luput, perlu diperbaiki - Fadillah
Memandangkan peruntukan tinggi diperlukan, rundingan dengan syarikat konsesi dibuat selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian.

Penyenggaraan jalan persekutuan libatkan 60 peratus kontraktor Bumiputera
Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.

Perparitan kurang efisien antara punca banjir - Bung Moktar
Jabatan Kerja Raya dan Jurutera daerah telah diarah memantau daerah-daerah yang kini terjejas teruk akibat banjir terutama melibatkan kejadian tanah runtuh dan lainnya.

Konsesi Pharmaniaga akan berakhir - Dzulkefly
Perkhidmatan Pharmaniaga akan terus digunakan, sehingga Kabinet memutuskan mekanisme sistem tender terbuka.

Tidak semua kontrak perlu ditender - Ahmad Faizal
Sebagai contoh, katanya, projek yang melibatkan kawasan keselamatan dan yang perlu disiapkan segera mungkin tidak perlu ditender.

Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m
Kejadian berlaku di Seksyen 31.6, Laluan FT 185 kira-kira jam 12.30 tengah malam.