KAJANG: Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi bayangan pengumuman berkaitan tol sempena perayaan Krismas, berkemungkinan dibuat Jumaat ini.
Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya, dijangka membuat pengumuman tersebut.
"... akan umum sama ada bila tarikhnya, ada atau tidak pengecualian tol sempena Krismas.
"Saya diberitahu kemungkinan pada hari Jumaat ini pengumuman ada atau tidak, bagaimana, tarikhnya bila. Itu kita tunggu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini hari ini.
Ahmad berkata secara puratanya, kerajaan memperuntukkan RM21 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya, menerusi pelaksanaan tol percuma.
Pada tahun ini sahaja, katanya kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali RM42.31 juta dan Tahun Baru Cina RM41.21 juta.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan menyasarkan penambahan 100 lagi poin pengecasan EV di lebuh raya bertol, terutamanya di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menjelang 2025 dengan mengambil kira keperluan pengguna kenderaan elektrik (EV), yang semakin meningkat.
Terdahulu, Ahmad diberi taklimat pengurusan trafik hampir dua jam termasuk dibawa melawat ke pusat pengurusan trafik diiringi Ketua Pengarah LLM Sazali Harun.
LLM mengawal selia lebuh raya bertol termasuk PLUS, LPT, dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dengan panjang keseluruhannya 2,080 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Ahmad berkata secara puratanya, kerajaan memperuntukkan RM21 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya, menerusi pelaksanaan tol percuma. - Gambar fail/PLUS
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Pengumuman berkaitan tol sempena Krismas dijangka Jumaat ini
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi bayangan pengumuman berkaitan tol sempena perayaan Krismas, berkemungkinan dibuat Jumaat ini.