KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu.
Zeti, 76, berkata Cheah Tek Kuang telah mengunjunginya di BNM pada 28 Jan 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu Perdana Menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan bahawa akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).
Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 berkata walaupun akaun itu dikodkan sebagai "AmPrivate Banking - MR" untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.
"Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.
"Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada Timbalan Gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Feb 2011 kepada Najib," kata beliau.
Zeti berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.
Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.
"Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.
"Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Zeti berkata, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank. - Gambar/ Bernama
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datu
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19
Perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi diberitahu seorang saksi utama dijangkiti COVID-19.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB GIL ke dalam akaun baharunya.
Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok
Pegawai penyiasat bagi skandal 1MDB dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak, esok.