Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada pihak yang membuat fitnah liar dengan mengaitkan dirinya dan keluarganya berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau melahirkan rasa kesal terhadap laporan sebuah akhbar lidah rasmi pembangkang yang menyiarkan satu laporan palsu pada 19 Feb lepas dan menyifatkan artikel itu sebagai tidak bertanggungjawab serta ia satu pembohongan.
"Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily bertajuk 'Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)' yang diterbitkan pada 19 Februari adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh.
"Sebagai warga negara Malaysia, saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan keluarga saya daripada fitnah jahat ini menggunakan sistem undang-undang negara," katanya dalam laman Facebooknya, Najib Razak, lewat malam ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut akhbar pembangkang itu menarik balik artikel tersebut.
"Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi," katanya.
Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau sedia menerima kritikan membina: "Tetapi apabila fitnah liar yang sama sekali tidak berasas dilemparkan kepada keluarga saya, saya tidak akan berdiam diri atau bertolak-ansur."
Semalam Najib mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.
Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya.
Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)", 19 Feb lepas.
Bernama
Fri Feb 27 2015
1MDB: Najib beri amaran terhadap pemfitnah kaitkan dirinya dan keluarga
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur
Perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditangguhkan selepas bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak sihat akibat kurang tidur.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).