Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menegaskan tiada campur tangan luar dalam urus tadbir syarikat terbabit.
Sebaliknya, segala keputusan dibuat adalah mengikut urus tadbir syarikat yang ditetapkan.
"Di 1MDB, setiap keputusan besar sama ada penilaian strategik atau pelan rasionalisasi akan melalui Lembaga Pengarah kami, pemegang saham dan Kementerian Kewangan.
"Kita ada debat dan diskusi, itu bukan campur tangan, itu adalah cara kami melaksanakan urus tadbir dalam syarikat melalui ketiga-tiga peringkat itu," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' lewat Rabu di TV3.
Ujarnya, beliau juga tiada masalah disiasat sambil menyifatkan 1MDB sebagai open book berikutan ia syarikat yang paling banyak disiasat oleh pelbagai agensi dalam negara.
"Kami disiasat oleh Bank Negara, Jabatan Audit Negara dan Peguam Negara dan penyiasatan ini juga ada yang masih berlangsung. Sebagai syarikat, kami memberi maklumat yang diperlukan untuk penyiasatan tersebut."
BACA: Arul Kanda yakin 1MDB mampu langsai hutang dalam 6 bulan
Arul Kanda dan seluruh ahli lembaga termasuk pengarah 1MDB juga menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Kami bersedia hadir pada 4, 5, 6 Ogos untuk memberi keterangan kepada PAC, namun disebabkan pertukaran jawatankuasa, ia telah tertangguh walaupun pada tarikh tersebut kami telah bersedia untuk menyatakan fakta dari kami," katanya.
Beliau turut menyifatkan tugas yang dilakukan setiap badan penyiasat sebagai profesional khususnya PAC yang dilihat paling sesuai menjalankan siasatan berkenaan.
"Perdana Menteri menyatakan secara terbuka sekiranya terdapat perbuatan salah, tindakan tegas akan diambil. Pada saya, apa saya lihat siasatan dijalankan PAC memang menyeluruh dan profesional.
"PAC adalah institusi yang betul untuk menyiasat perkara ini kerana ada wakil daripada pihak pembangkang dan kerajaan. Jadi soalan-soalan mereka lebih bersifat bipartisan dan adalah tanggungjawab kami untuk memberikan segala fakta yang diminta," ulasnya.
Biarpun berdepan pelbagai tohmahan, Arul Kanda berkata fokus syarikat itu adalah untuk melaksanakan pelan yang dirancang termasuk menstabilkan kewangan syarikat sebelum meneruskan rancangan seterusnya.
"Walaupun ada tohmahan dan kritikan itu lumrah, kita terpaksa terima. Rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka. Tetapi apapun kita perlu ambil langkah sewajarnya untuk kemajuan syarikat."
Jelasnya apa yang penting adalah penyiasatan perlu diteruskan dan kebenaran dan fakta perlu diutarakan dalam menjawab segala tohman dan persepsi negatif rakyat.
"Biar penyiasat buat kerja dengan telus dan profesional. Tanggungjawab saya bukan mencari kesalahan tetapi menyelesaikan beban hutang syarikat. Dengan sokongan warga 1MDB dan Kementerian Kewangan, diharapkan dapat selesaikan beban hutang itu," tambahnya.
Tan Su Lin, Mariah Ahmad
Wed Aug 12 2015
Arul Kanda dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Sebanyak RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1MDB diperoleh semula sehingga 30 September 2024
Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media