KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan kumpulan muzik British, The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.
JK-PUSPAL dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dibuat berikutan tindakan kumpulan berkenaan yang telah menghina, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia ketika mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di Sepang, semalam.
"KKD sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi serta melakukan aksi biadap dalam persembahan di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, KKD melalui JK-PUSPAL telah membuat laporan polis terhadap artis berkenaan dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan PUSPAL.
"Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis berkenaan," menurut kenyataan itu lagi.
Sewaktu persembahan malam tadi, vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy dikatakan memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain berkelakuan lucah dan membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Kumpulan The 1975 telah menghina, memperlekeh undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching
Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan insiden kontroversi seperti dilakukan kumpulan The 1975 tidak lagi berulang.

Kertas siasatan kumpulan The 1975 sudah lengkap - Polis
Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan melibatkan kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Julai lalu.

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

'Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur
-Kami Minta Tour Manager The 1975 Untuk Hentikan Persembahan, Tapi-

Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah
Setiausaha politik kepada Fahmi hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap 'Sir Azri' susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.

The 1975 pulang ke UK enam jam selepas konsert - Ayob Khan
Tuduhan pihak tertentu bahawa PDRM tidak cekap menangani isu melibatkan kumpulan The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh di pentas Good Vibes Festival disifatkan tidak benar dan berat sebelah.

Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa
Pelawak wanita kelahiran Singapura sifatkan kumpulan The 1975 mangsa terbaharu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti dirinya.

GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah
Fahmi berkata beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter.

Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes
KKD berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di SIC, Sepang, Jumaat lepas.

Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah
Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT.