GEORGE TOWN: Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, walaupun mereka yang menonton tidak menjangka tindakan tidak bermoral oleh penyanyi kumpulan tersebut, mereka tetap perlu memohon keampunan daripada Tuhan.
"Perlu diingat, agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya. Yang ditentang dan dilarang adalah hiburan dan apa juga aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran, kelakuan penonton atau peminat.
"Oleh itu, umat Islam yang pergi menonton konsert tersebut dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT, walaupun perbuatan tidak bermoral itu dilakukan tanpa dijangka di hadapan mereka," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Sabtu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.
Insiden pada Jumaat lalu telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.
Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.
Di Malaysia, budaya homoseksualiti adalah kesalahan jenayah kerana penduduk negara ini adalah majoriti beragama Islam.
Tambah Wan Salim, sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian dan hiburan.
"Apa yang Islam sarankan adalah semua pihak hendaklah sama-sama berusaha ke arah pembinaan masyarakat yang baik, adil dan bersih.
"Justeru itu, tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangun generasi penerus yang dinamik dan progresif membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral.
"Nilai moral yang tinggi amat diperlukan untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara," katanya.
Beliau menambah, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak boleh dipersalahkan kerana membatalkan festival berkenaan kerana perlakuan yang ditunjukkan itu jelas tidak senonoh untuk dipertontonkan.
"Dengan mempamerkan kelakuan tidak bersopan oleh vokalis kumpulan berkenaan serta kritikannya terhadap undang-undang Malaysia di dalam konsert tersebut, maka jelas kumpulan The 1975 ini berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya.
"Ini kerana, rakyat Malaysia masih mendukung dan menghormati nilai-nilai akhlak murni.
"Selain itu penganjur festival juga telah membuat aku janji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut, maka KKD berhak membatalkannya dan tidak boleh dipersalahkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 24 2023

Wan Salim berkata, walaupun mereka yang menonton tidak menjangka tindakan tidak bermoral oleh penyanyi kumpulan tersebut, mereka tetap perlu memohon keampunan daripada Tuhan. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching
Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan insiden kontroversi seperti dilakukan kumpulan The 1975 tidak lagi berulang.

Kertas siasatan kumpulan The 1975 sudah lengkap - Polis
Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan melibatkan kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Julai lalu.

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

'Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur
-Kami Minta Tour Manager The 1975 Untuk Hentikan Persembahan, Tapi-

Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah
Setiausaha politik kepada Fahmi hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap 'Sir Azri' susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.

The 1975 pulang ke UK enam jam selepas konsert - Ayob Khan
Tuduhan pihak tertentu bahawa PDRM tidak cekap menangani isu melibatkan kumpulan The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh di pentas Good Vibes Festival disifatkan tidak benar dan berat sebelah.

Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa
Pelawak wanita kelahiran Singapura sifatkan kumpulan The 1975 mangsa terbaharu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti dirinya.

GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah
Fahmi berkata beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter.

Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes
KKD berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di SIC, Sepang, Jumaat lepas.

Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah
Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT.