TAWAU: Seramai 190,000 penduduk berumur 18 ke atas di Sabah dikesan menghidap penyakit diabetes dan sedang menjalani rawatan di hospital dan klinik di seluruh negeri.
Jumlah ini tidak melibatkan penduduk pedalaman yang tidak tampil membuat pemeriksaan berikutan kekangan pengangkutan untuk keluar melakukan pemeriksaan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Nirmal Kaur berkata perkara ini sangat membimbangkan kerana jumlah itu menunjukkan 1 daripada 10 penduduk negeri berkenaan menghidap diabetes.
Katanya, walaupun penduduk negeri ini merasa sihat, namun perlu sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.
"Apabila mencecah usia 30 tahun, walaupun anda nampak sihat, kena buat saringan darah setiap tahun.
"Kalau normal, anda perlu ulang setahun sekali; kalau abnormal, doktor akan nasihat bila perlu buat.
"Ada lima perkara untuk kita sihat, pertama kita jaga pemakanan, kedua jangan merokok. Kalau nak berhenti merokok kita ada klinik berhenti merokok di semua klinik di Sabah.
"Kita kena buat aktiviti senaman selama 30 minit, lima kali seminggu; kita kena kekalkan berat badan yang unggul, dan terakhir sekali, kena kurangkan pengambilan alkohol," kata Dr Nirmal.
Dr Nirmal berkata demikian selepas merasmikan penutupan program sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat daerah Tawau bagi tahun 2021 di Klinik Kesihatan Kubota Tawau.
Sementara itu, seorang suri rumah penghidap diabetes, Diana Roslee, 42, ketika ditemui akur agak sukar untuk kembali sihat selepas disahkan menghidap penyakit itu.
"Berat saya sekarang 110 kilogram dan saya penghidap kencing manis.
"Pesanan saya kepada rakyat Malaysia supaya jaga kesihatan, jangan sudah kena baru menyesal, susah nak balik pegi sihat tu kalau sudah kena kencing manis," kata Diana.
Sepanjang program Hari Diabetes Sedunia, Pejabat Kesihatan Tawau juga menganjurkan pelbagai program berkaitan kesedaran bahaya diabetes.
Antaranya taklimat bahaya diabetes, pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah rendah, pertandingan melukis, serta pertandingan mencipta poster digital.
Petrus Bernard
Sat Nov 20 2021
![190,000 penduduk dewasa Sabah dikesan hidap diabetes 190,000 penduduk dewasa Sabah dikesan hidap diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637451751_TBDIABETIS.jpg)
Dr Nirmal berkata walaupun penduduk negeri ini merasa sihat, namun perlu sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat. -Astro AWANI
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739719506_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738026459_EmiliaContessa.jpg)
Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia
Allahyarham Emilia menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun akibat penyakit kencing manis.
![PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733215568_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
![24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes 24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713956924_diabetespatient.jpg)
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
![RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729144795_TBMHD.jpg)
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
![Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729165412_TBJiwaSME.jpg)
Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat
ShugaZERO, pemanis tanpa kalori daripada tebu keluaran BaseFood tampil sebagai penyelesaian inovatif menggantikan gula biasa, sambil mengekalkan rasa manis yang digemari pengguna.
![Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726566616_Belasungkawa.jpg)
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
![Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719733785_FuziahSalleh.jpg)
Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober
Bermula 1 Okt ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI.
![PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725777296_tbBulanMalaysiaSih.jpg)
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.