JOHOR BAHRU:Seorang lelaki tempatan yang disyaki pengedar dadah berjaya ditahan ketika cubaan melarikan diri pada Selasa malam.
Namun sebelum itu, lelaki berusia 45 tahun itu mencetus 'drama' kerana dikejar 17 kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki terbabit yang memandu Toyota Altis itu ditahan di susur keluar Simpang Renggam, Kluang, pada jam 8 malam Selasa.
"Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi. Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM50,000.
"Kejadian berlaku semasa anggota polis dari Cawangan MPV IPD JBS melakukan tugas ronda cegah jenayah dan Kawalan Pergerakan COVID-19. Semasa rondaan, pihak polis melihat sebuah kereta berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau, di sini jam 7.15 malam.
"Anggota polis tersebut telah bertindak mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, tetapi suspek bertindak memecut laju bagi tujuan melarikan diri ke arah Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya EDL dengan memandu dalam keadaan berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd Fadzli, dalam kejadian tersebut, anggota polis itu telah dibantu oleh anggota polis dari Cawangan MPV dengan melibatkan 17 buah kereta peronda polis dari lima daerah.
"Ia membabitkan MPV dari IPD JBS, IPD Johor Bahru Utara, IPD Iskandar Puteri, IPD Kulai dan IPD Kluang serta dari Peronda Lebuhraya, telah membuat cut off di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara sebelum menahan suspek.
"Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek merupakan kenderaan yang telah didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa. Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah," katanya.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula pada tarikh hari ini hingga 2 Februari depan.
Kes sedang disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan dan seksyen 39(8) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Jan 27 2021
Aksi mengekar penjenayah itu membabitkan MPV dari IPD JBS, IPD Johor Bahru Utara, IPD Iskandar Puteri, IPD Kulai dan IPD Kluang serta dari Peronda Lebuhraya. - Foto: PDRM
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.
Polis tembak mati penjenayah di Rawang
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang.
Empat warga asing larikan wang lebih RM300,000 ditahan
Empat warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan wang milik seorang lelaki tempatan sebanyak RM360,966 atas urusan pembelian emas.
Anggota APMM kongsi insiden cemas: 'Niat nak bantu, dibalas tembakan'
"Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, kalau saya elok hari ini, saya nak turun cari balik mereka."
Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.
Guru wanita rugi RM2,000 selepas kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan
Kereta mangsa dirempuh dari belakang, sebelum pemandu kedua-dua kenderaan terlibat pergaduhan, dan suspek cuba memukul wanita itu dengan sebatang kayu.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.
Warga emas kerugian RM41,500 diperdaya scammer
Mangsa dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai rakannya menggunakan nombor telefon baharu dan memberitahu dia kehilangan dompet.
Penjenayah Itali ditahan selepas meraikan kemenangan Napoli
La Porta didakwa di Itali atas tuduhan bersuhabat dengan kumpulan jenayah, mengelak daripada membayar cukai dan penipuan.
Dua penjenayah tak sempat pecah rumah mati ditembak
Empat suspek yang mengesan kehadiran polis kemudian bertindak menyerang anggota dengan bersenjatakan parang.