TAWAU: Niat asal untuk memeriksa sebuah bot yang kelihatan ‘tersadai’ di perairan Kampung Pangi, Kunak sekali gus mahu menawarkan bantuan jika bot itu mengalami kerosakan, menjadi situasi cemas apabila dibalas dengan empat tembakan dari tekong bot.
Menceritakan semula detik kejadian, Bintara Muda Maritim dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zainal Abad Komel, 45, berkata kejadian itu berlaku pantas dan tidak menjangkakan bot yang ditemui itu ialah sebuah bot penjenayah.
“Pada 8.30 pagi, kebiasaannya nelayan balik kampung, lagipun lokasi ini di depan Kampung Pangi, biasa orang kampung balik dari memancing, memukat... bot yang dihampiri dilihat membawa muatan yang ditutupi kanvas.
“Saya merapat ke bot itu, saya lihat suspek mengacu pistol tepat ke muka dan dua das tembakan dilepaskan, tapi saya sempat memaling muka sambil tekan pendikit bot menjauhi bot suspek,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Semalam media melaporkan dua anggota Maritim Malaysia yang dalam tugasan Ops Khas Pagar Laut cedera ditembak, selepas menghampiri sebuah bot untuk melakukan pemeriksaan, namun empat das tembakan dilepaskan dari bot berkenaan ke bot maritim.
Ekoran kejadian 8.30 pagi di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut, Kampung Pangi di Kunak itu menyebabkan Zainal cedera di mata kiri, manakala Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua belah tangan.
Zainal berkata tembakan kedua itu mengenai bawah mata dan darah memancut keluar.
“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, kalau saya elok hari ini, saya nak turun cari balik mereka,” katanya sambil menambah turut reda dengan kecacatan sebelah mata yang dialami.
Zainal yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata insiden itu merupakan kejadian pertama kali dihadapi, sepanjang 19 tahun berkhidmat bersama Maritim Malaysia.
Sementara itu seorang lagi anggota cedera Prayrie berkata ketika kejadian hanya tekong bot sahaja memegang senjata dan melepaskan empat das tembakan ke arah bot maritim.
“Bot itu cuba memecut laju, tetapi saya juga melepaskan lima das tembakan ke arah bot itu, saya nampak dua orang rebah, tetapi saya tidak pasti sama ada rebah sebab terkena tembakan atau mengelak.
“Selepas saya melepaskan tembakan itu, bot (penjenayah) itu berhenti kira-kira dua minit, sebelum ada yang mungkin merangkak dan bot itu memecut laju,” katanya lagi.
Prayrie yang juga cedera di kedua-dua belah tangan berkata bot maritim ketika itu tidak dapat mengejar bot penjenayah berkenaan, kerana faktor air surut.
Dalam kejadian itu empat lagi anggota maritim yang bersama mereka dalam rondaan itu tidak mengalami kecederaan.
Bernama
Mon Apr 08 2024

Bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diserang oleh tiga orang suspek sewaktu Ops Khas Pagar Laut di perairan Kunak. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan
Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak
Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak.

Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas
Seorang kapten hilang manakala enam kru, yang kesemuanya rakyat Malaysia, selamat setelah sebuah kapal kargo dilaporkan karam di Lawas.

Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.

Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.

Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.