Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira jam 7.40 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Tikam Batu dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba kesemua mangsa berada di luar van sekolah terbabit.
“Maklumat awal yang diterima sebuah van yang membawa pelajar sekolah telah terbabs ke dalam parit dan sebaik anggota tiba memeriksa dan memastikan tiada mangsa yang tersepit di dalam van.
“Pemandu van berusia 50 tahun cedera di bahagian kepala, seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun patah tangan kanan,” katanya ketika dihubungi.
Manakala 15 pelajar lelaki dan perempuan berusia antara 7 hingga 12 tahun cedera ringan.
Mohamadul Ehsan berkata anggota EMRS memberi rawatan awal dan membawa tiga mangsa iaitu dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk rawatan lanjut sementara selebihnya dibawa dengan ambulan hospital.