Semalam, anak-anak Tahun Satu hingga Empat memulakan sesi persekolahan dan bagi ibu bapa yang berdepan dengan kekangan untuk menghantar atau mengambil anak mereka dari sekolah, pastinya bas atau van sekolah adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Namun, isu kesesakan dan ketiadaan jarakan sosial dalam bas sekolah menjadi kebimbangan ibu bapa yang khuatir dengan risiko jangkitan COVID-19 kepada anak-anak yang masih kecil itu, apatah lagi dengan peningkatan semula kes tersebut dalam negara.
Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, Kementerian Kesihatan (KKM) sewajarnya menyemak kembali prosedur operasi standard (SOP) bagi pengusaha bas untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa keselamatan anak mereka terjaga secara optimum.
"Apabila melibatkan kanak-kanak, SOP tidak seharusnya dilonggarkan, tetapi diperketatkan termasuklah dalam soal kebersihan dan juga mengelakkan kesesakan... apabila keselamatan murid-murid terjamin, barulah ibu bapa berasa yakin untuk melepaskan anak mereka menaiki bas atau van sekolah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata adalah penting untuk bilangan kapasiti murid dan penjarakan sosial di dalam bas sekolah difikirkan semula bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dalam bas termasuklah ketika naik dan turun dari kenderaan tersebut, sekali gus mengelakkan kemunculan kluster baharu.
"Tentunya kita takut... kita tidak pasti sama ada bas atau van sekolah itu patuhi semua SOP... siapa yang akan pantau kesesakan dalam bas dan juga tahap sanitasi kenderaan... kapal terbang mungkin tidak perlukan jarakan sosial tetapi ini adalah bas sekolah yang tahap kebersihan pastinya tidak sama, malah ia melibatkan kanak-kanak.
"Kita sendiri dipesan agar jangan berada dalam kawasan yang sesak tetapi kanak-kanak pula bersesak di dalam kenderaan sekolah... konsep jarak sosial itu tidak dilaksanakan, malah tahap kebersihan pula tidak dapat dipastikan dan ini bagi saya punca yang akan merebakkan COVID-19 dan ini yang kita takuti," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof menegaskan bahawa ibu bapa tidak seharusnya berasa risau untuk membiarkan anak mereka menaiki bas sekolah kerana setiap pengusaha maklum dan perlu mematuhi semua SOP yang telah digariskan oleh KKM.
"Pemandu bas akan memakai penutup hidung dan mulut sepanjang masa bertugas, malah kenderaan akan disanitasi setiap hari iaitu sebelum dan selepas kanak-kanak menaikinya... malah sebagai langkah tambahan, pemandu juga akan pastikan ada cecair pembasmi kuman dalam kenderaan.
"Meskipun kita tidak periksa suhu pelajar, namun sejurus mereka tiba di depan pintu sekolah, guru yang akan melakukannya... bagaimanapun jika ada yang kami nampak tidak sihat, pasti kami tidak akan benarkan mereka naik bas sekolah pada hari itu," katanya.
Beliau menambah sambutan kepada penggunaan bas sekolah ketika ini amat kurang, sama ada disebabkan terdapat ibu bapa yang enggan membayar penuh yuran bas sekolah kerana hanya menggunakan perkhidmatan untuk beberapa hari sahaja pada bulan ini, atau mungkin anak tidak bersekolah, atau mungkin ibu bapa yang sendiri menghantar anak mereka.
Bagi Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat pula, ibu bapa sendiri bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka benar-benar sihat sebelum menaiki bas sekolah dan tidak bergejala seperti demam, selesema dan batuk.
"Tidak ada apa yang hendak dirisaukan oleh ibu bapa kerana pengusaha bas sekolah kena patuh dengan SOP yang digariskan, maka ibu bapa sendiri kena mainkan peranan dan peka dengan kesihatan anak-anak mereka sebelum naik bas... kalau tidak sihat jangan ke sekolah," katanya.
Beliau berkata pemandu juga akan sentiasa mengingatkan pelajar untuk tidak ada sentuhan antara satu sama lain atau bergurau senda dan sentiasa duduk, selain sentiasa memakai penutup mulut dan hidung semasa di dalam bas atau van.
"Hari ini baru hari kedua, pengalaman baharu untuk pengusaha maka banyak yang boleh diperbaiki dan menyesuaikan diri... tetapi pastinya apabila tiba di sekolah, kami mesti memastikan mereka turun seorang demi seorang dari bas," katanya.
Sementara itu, dalam SOP yang dikeluarkan KKM, pemandu juga perlu menjalani saringan gejala sebelum memulakan tugas, selain memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa bertugas, memastikan dan mengarahkan murid sentiasa duduk dan memakai penutup mulut dan hidung semasa di dalam bas atau van, dan tidak diwajibkan untuk menyaring murid semasa naik atau turun kerana beberapa kekangan serta saringan telah dibuat oleh pihak sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Adalah penting untuk bilangan kapasiti murid dan penjarakan sosial di dalam bas sekolah difikirkan semula bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dalam bas termasuklah ketika naik dan turun dari kenderaan tersebut. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.
Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.