JOHOR BAHRU: Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu berlaku pada 11.35 pagi.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu van wanita berusia 50 tahun menurunkan kanak-kanak itu dan abangnya yang berusia enam tahun di hadapan rumah mereka.
"Pemandu van itu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa (berjalan) melepasi belakang van dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.
"Pemandu itu telah terlanggar mangsa yang lalu di hadapan van tanpa disedari. Pemandu itu kemudian turun melihat keadaan mangsa dan memaklumkan kepada ibu mangsa dengan segera," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kanak-kanak itu yang cedera parah dibawa ke Klinik Kesihatan Masai oleh ibunya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Mohd Sohaimi berkata pemandu berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, hari ini.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.

Murid prasekolah maut dilanggar van sekolah
Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, hari ini.