JOHOR BAHRU: Pengusaha bas dan van sekolah di Johor menyifatkan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini memberikan sinar baharu kepada mereka selepas terjejas mata pencarian berikutan pandemik COVID-19.
Saisnorfariza Isnin, 27, yang menguruskan perniagaan van sekolah sejak tahun lepas berkata walaupun pendapatan yang bakal diraih berkurangan sehingga 50 peratus berikutan jumlah penumpang yang terhad kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekurang-kurangnya ia dapat memberikan kelegaan.
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Back To School Semburan Disinfeksi Percuma Pandu Lalu anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, di sini, hari ini.
Saisnorfariza berkata ibu bapa juga tidak perlu risau kerana pengendali perkhidmatan van dan bas sekolah mengambil inisiatif sendiri membuat sanitasi sebelum dan selepas penumpang naik untuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin.
Selain itu katanya, tambang bas atau van sekolah dikekalkan seperti sediakala setelah mengambil kira keadaan ekonomi semasa rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
"Kita faham semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini semua orang susah, jadi tambang tetap dikekalkan mengikut jarak penghantaran," katanya.
Sementara itu, Hui Hai Lae, 35, pula berkata pembukaan semula sekolah dapat membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.
"Keadaan sekarang susah, ibu bapa risau dan ada yang hantar anak sendiri ke sekolah tetapi ibu bapa yang bekerja tetap akan menggunakan bas sekolah kami. Oleh itu, kami bersedia untuk melakukan sanitasi sendiri dengan menggunakan alkohol dan klorin untuk menjaga keselamatan penumpang," katanya.
Sementara itu, Setiausaha MTPN Johor Noorman Kamsani berkata pihaknya memberikan perkhidmatan sanitasi secara percuma menerusi konsep pandu lalu bagi membantu pengusaha melakukan persiapan sebelum pembukaan sekolah.
Ini sekali gus dapat mengembalikan semula keyakinan ibu bapa dalam menggunakan perkhidmatan berkenaan.
"Selepas ini, kita juga akan menyumbang antara dua hingga tiga mesin sanitasi kepada persatuan bas dan van sekolah mengikut kawasan jadi mereka boleh buat sendiri selepas ini.
"Selain itu, kita berhasrat untuk meneruskan inisiatif ini di seluruh negeri bagi membantu lebih ramai pengusaha van dan bas sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Pembukaan semula sesi persekolahan dapat membantu golongan pengusaha bas dan van sekolah untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. - Gambar hiasan

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.

Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.