KUALA LUMPUR: Seramai 150 kaunselor dan pakar psikologi dilibatkan di semua universiti awam negara bagi memantau kesihatan mental penuntut sepanjang proses pembelajaran dalam tempoh pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata pengurusan tekanan itu dilaksanakan melalui talian psikososial (telekaunseling) dan secara maya bagi penuntut yang menghubungi kaunselor dan pakar psikologi terlibat.
"KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) amat mengambil serius mengenai tahap kesihatan mental pelajar sepanjang mereka menjalani proses pembelajaran di rumah sepanjang kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19. Pelajar amat digalakkan supaya menghubungi talian kaunseling yang disediakan melalui nombor di laman web universiti masing-masing," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (BN-Batang Lupar) yang mahu kementerian menyatakan langkah bagi memantau kesihatan mental pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran bebanan tugas dan masa kuliah yang padat sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.
KPT dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) juga dalam proses membangunkan modul Kesihatan Mental Pelajar IPT bagi menangani tekanan, kemurungan dan kebimbangan penuntut yang bakal dilancarkan Oktober ini. MARI PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BUAT SEPANJANG PERSIDANGAN PARLIMEN
Ahmad Masrizal berkata setakat ini sebanyak 160 program dan aktiviti pengurusan tekanan dilaksanakan secara dalam talian oleh universiti awam di samping dua program dilaksanakan oleh KPT tahun lepas dan lima lagi dirancang dilaksana tahun ini.
KPT juga melaksanakan program sama di politeknik dan kolej komuniti seluruh negara apabila turut merancang 10 program psikologi di peringkat kebangsaan dan 118 program di peringkat institusi tahun ini, katanya.
Bernama
Thu Sep 23 2021
Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata pengurusan tekanan itu dilaksanakan melalui talian psikososial (telekaunseling) dan secara maya bagi penuntut yang menghubungi kaunselor dan pakar psikologi terlibat. - Foto fail
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik
Penggunaan AI memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan cadangan aktiviti sokongan yang boleh digunakan.
Selangor tumpu majukan sektor perkhidmatan dalam tempoh lima tahun - Amirudin
Kerajaan Selangor akan menumpukan pembangunan sektor perkhidmatan bagi tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
[KOLUMNIS] Peranan penting unit penyelidikan kepada kecemerlangan akademik universiti
Dengan adanya unit penyelidikan, ia dapat membantu anggota fakulti mengembangkan lagi minat kepada penyelidikan dari segi usaha mendapatkan geran dan penajaan penyelidikan.