Seramai 13 pelajar Sekolah Kebangsaan Linggi, di Port Dickson yang disyaki keracunan racun serangga dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dianggarkan seramai 40 pelajar terlibat namun hanya 13 mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.
Seramai tujuh pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan enam pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 ke lokasi kejadian.
"Bomba terima panggilan pada 2.13 petang dan tiba di lokasi lima minit kemudian. Kita terima panggilan daripada pihak hospital untuk bantuan membersihkan dan menyahkan racun daripada anggota badan mangsa.
"Sebelum kejadian, dilaporkan terdapat kerja-kerja meracun di kawasan berhampiran sekolah dan tidak lama kemudian pelajar mula menunjukkan simptom keracunan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pelajar yang dibawa ke hospital difahamkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2019
Pelajar yang dibawa ke hospital difahamkan menerima rawatan sebagai pesakit luar. - Gambar hiasan
60 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, lebih 300 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana api merebak terlalu cepat.
Gelombang kedua banjir diramal di Johor Rabu hingga Sabtu
Johor diramal dilanda gelombang kedua bencana banjir antara Rabu hingga Sabtu depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika taklimat banjir ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika taklimat banjir ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
ASEAN25: MBPP, MBSP indahkan, naik taraf infrastruktur
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengindahkan dan menaik taraf infrastruktur bandar di lokasi yang terlibat dengan mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.
AWANI Ringkas: Jangan 'selesa' dengan banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Bagi presiden menghadiri perbicaraan, isu keselamatan dan perlindungan peribadi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kata peguam.
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
Perikanan tangkapan catat pengeluaran 1.42 juta tan metrik tahun lepas
Pengeluaran dari perairan laut pantai menyumbang sebanyak 86.7 peratus iaitu 1.23 juta tan metrik.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Rumah di tingkat 3 apartmen Seremban musnah terbakar
Semasa kejadian, ibu bersama seorang anaknya yang merupakan OKU dapat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
13 pelajar SK Linggi dikejarkan ke hospital disyaki keracunan racun serangga
Dianggarkan seramai 40 pelajar terlibat namun hanya 13 mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.