KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat 24 Ogos 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.

12 kit ujian tersebut adalah:

1. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)
2. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).
6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography) 
7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
9. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
10. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
12. COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit


Pengguna juga mestilah memastikan kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA.

Kit ujian kendiri COVID-19 boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan MDA.

Penjualan kit ujian kendiri COVID-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.

 
Sumber Facebook MedicalDeviceAuthority