Seramai 12,222 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga tengah malam tadi.
Menurut portal NDCC, kesemua negeri mencatatkan peningkatan jumlah mangsa.
Jumlah paling ramai direkodkan adalah di Pahang dengan 9,873 orang mangsa, melibatkan 2,690 keluarga.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 7,802 orang di 31 PPS berbanding 7,797 orang malam tadi.
Ini diikuti Terengganu dengan 1,528 mangsa dari 373 keluarga.
Sabah pula mencatat jumlah 567 orang mangsa banjir, terdiri daripada 197 keluarga.
Sementara di Johor, seramai 262 mangsa banjir daripada 76 keluarga di Mersing dan Segamat masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
Bernama melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, 239 orang daripada 70 keluarga berada di empat PPS di Mersing manakala 23 orang daripada enam keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.
"Kawasan yang masih terjejas di Mersing membabitkan Air Papan, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.
"Seramai 77 orang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan, PPS Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (1), PPS Sekolah Agama Pengkalan Batu (131) dan PPS Balai Raya Kampung Air Merah (30)," katanya.
Ayub berkata kawasan yang terjejas di Segamat adalah Kampung Mensudut Lama dengan 23 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.
Astro Awani
Thu Jan 04 2018

Mangsa banjir paling ramai direkodkan adalah di Pahang dengan 9,873 orang mangsa, melibatkan 2,690 keluarga. Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.