PENDANG: Pengumuman pertukaran guru yang akan dilaksanakan esok, bakal menyaksikan sebanyak 11,469 permohonan pertukaran diterima daripada keseluruhan 20,772 permohonan yang dibuat sebelum ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, jumlah itu juga menunjukkan peratusan permohonan yang berjaya paling tinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 55 peratus berbanding hanya sekitar 20 hingga 30 peratus pada tahun-tahun sebelum ini.
Menurutnya, kriteria pemilihan bagi kelulusan itu adalah dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap kumpulan guru yang berkhidmat terutama di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak yang telah membuat permohonan untuk kembali ke Semenanjung.
Radzi memaklumkan, penempatan baharu guru-guru akan dibuat mengikut lokasi yang dipohon serta kekosongan opsyen mata pelajaran yang diajar.
"Dalam keadaan tertentu, ada guru (yang) tinggal di Sabah, Sarawak, Labuan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang, jadi mereka rasakan sudah sampai masa hendak kembali ke Semenanjung (antara sebab yang diberikan adalah) kerana (harga) tiket kapal terbang (dan beberapa alasan lain),
"Oleh itu jika guru dari Sabah, Labuan, Sarawak (membuat permohonan) mahu ke sesebuah negeri (di) Semenanjung tetapi disebabkan opsyen mata pelajaran sudah penuh di negeri tersebut, kita akan tawarkan (kepadanya) negeri terdekat,
"(Ini) sekurang-kurangnya dapat kurangkan tekanan pada guru ini (terutama) dalam konteks kos penerbangan dan sebagainya, (jadi permohonan libatkan guru dari Sabah,Sarawak dan Labuan, kita akan) bawa balik (dan) letakkan mereka di kawasan (negeri yang dipohon atau) negeri terdekat dipohon mereka," kata Radzi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, Radzi memaklumkan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini (esok).
Menurutnya, pemakluman itu kelak akan membolehkan guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambah baik urusan pertukaran guru dengan mengguna pakai sistem eGTukar yang membenarkan permohonan dibuat secara berterusan berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini.
Menerusi sistem itu, pertukaran guru akan dilakukan berasaskan pada kekosongan di negeri-negeri lain dan bukan hanya tertumpu di negeri yang dipohon.
Abd Hadi Che Awang
Sun Dec 05 2021
Penempatan baharu guru-guru akan dibuat mengikut lokasi yang dipohon serta kekosongan opsyen mata pelajaran yang diajar. - Gambar hiasan
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
11,469 permohonan pertukaran guru diterima, catat peratusan paling tinggi - Radzi
Jumlah itu menunjukkan peratusan permohonan yang berjaya paling tinggi iaitu 55 peratus berbanding hanya sekitar 20 hingga 30 peratus pada tahun-tahun sebelum ini.
Parlimen: SPI baharu pertukaran guru bermula 1 Januari depan - KPM
SPI baharu itu akan memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama
Antara faktor lain yang perlu dipertimbang termasuk guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau yang memerlukan kelayakan khas.
Keputusan pertukaran guru melalui eGTukar 6 Disember ini
Keputusan permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTukar akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.
KPM akan benarkan pertukaran guru sepanjang tahun - Radzi Jidin
Garis panduan ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 Panduan bagi Pertukaran Guru-Guru.
KPM dalam fasa akhir teliti dasar pertukaran guru - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam fasa akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dasar pertukaran guru.
Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun.
Keputusan pertukaran guru guna sistem lampu isyarat - Idris
Keputusan pertukaran guru antara negeri-negeri bagi pertengahan tahun ini pertama kalinya dibuat menggunakan sistem lampu isyarat, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh
Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri
Pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri asal.