JOHOR BAHRU: Sebanyak 10 jalan utama di bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat termasuk untuk kerja-kerja mencuci jalan sempena Perarakan Chingay 2023 pada Khamis hingga Ahad ini.
Penutupan tersebut melibatkan Jalan Trus, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ulu Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Dato' Onn, Jalan Susur Ibrahim, dan Jalan Wong Ah Fook.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, penutupan itu bermula dengan kerja-kerja mencuci jalan dari kuil kuno Johor di Jalan Trus bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari Khamis.
"Kemudian jalan-jalan utama yang akan ditutup bagi acara membawa tokong keluar dari kuil berkenaan melalui Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak, dan berakhir di Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari Jumaat.
"Seterusnya laluan utama akan ditutup secara berperingkat sempena kemuncak perarakan tersebut di jalan-jalan utama berkenaan pada 7 malam Sabtu sehingga 3 pagi Ahad," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, penutupan jalan akan disambung bagi acara membawa balik tokong dari Kuil Xing Gong, Jalan Ulu Air Molek, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ngee Heng, dan berakhir di kuil kuno Johor di Jalan Trus bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Katanya, orang ramai disarankan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas termasuk kenderaan dari Singapura - mereka yang datang dari republik itu boleh menggunakan Jalan Skudai, Lingkaran Dalam dan Jalan Skudai (Pantai Lido).
Mereka yang datang dari Skudai pula katanya, boleh juga menggunakan laluan menghala ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dari Jalan Skudai dan Jalan Pantai Lido, dari Jalan Datin Halimah (Jalan Kolam Air, Jalan Thompson dan Jalan Abu Bakar) dan dari Kota Tinggi (Lebuhraya EDL, Susur Jalan Abu Bakar dan Jalan Lingkaran Dalam).
Raub melarang orang ramai membawa senjata tajam atau berbahaya atau barang-barang terlarang yang boleh menjurus kepada jenayah dengan menimbulkan kekacauan dan kekecohan awam.
"Dilarang juga melakukan sebarang provokasi, pergeseran, pertelingkahan, cakar-mencakar dan seumpamanya yang menimbulkan pergaduhan serta perbalahan.
"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan yang diberikan," katanya.
Pihak polis katanya, tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sebarang pelakuan dan perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang.
Beliau juga melarang orang ramai membakar mercun sepanjang perarakan selain tidak dibenarkan menggunakan dron. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023
Raub (tengah) menghadiri taklimat penyelarasan Pesta Perarakan Chingay 2023 bersama ketua-ketua Persatuan Tiong Hua dan media di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru, pada Isnin. -Foto Sinar Harian
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
10 jalan utama di JB ditutup sempena Perarakan Chingay 2023
Penutupan itu bermula dengan kerja-kerja mencuci jalan dari kuil kuno Johor di Jalan Trus bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari Khamis.