Seorang terkorban manakala tiga cedera dalam kejadian kren tumbang di Jalan Damansara, di sini hari ini.

Pihak bomba mendapat laporan tentang kejadian pada jam 4.50 petang dan tiba di tempat kejadian sekitar 5.10 petang.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Li Yi Jia berusia 50 tahun manakala tiga yang cedera merupakan warga Myanmar, China dan tempatan.

Bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa sekitar jam 7.20 malam.