PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Jun untuk satu lagi pengurusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad melibatkan bekas perdana menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pengurusan kes seterusnya untuk rayuan itu. Beliau berkata peguam Najib telah memfailkan petisyen rayuan semalam.
Kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan dan peguam Nur Syahirah Hanapiah mewakili Najib.
Pada 15 Feb, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Najib untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Sri Ram) daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB.
Dalam keputusannya, Hakim Mohamad Zaini berkata dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya sebagai tidak mempunyai merit dan dakwaan Najib sikap berat sebelah Sri Ram terhadapnya adalah tidak berasas serta tidak bertempat.
Ahli Parlimen Pekan itu menjadikan komunikasi di antara bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sri Ram sebagai bukti berat sebelah Sri Ram terhadapnya.
Najib, 67, dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan tersebut bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
![1 Jun pengurusan kes rayuan Najib berhubung penolakan untuk gugurkan Sri Ram 1 Jun pengurusan kes rayuan Najib berhubung penolakan untuk gugurkan Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619614872_Najib.jpg)
Najib, 67, dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya. - Gambar fail/BERNAMA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687059960_TanSriNohOmar.jpg)
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719902869_TBNajibjpg.jpg)
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
![Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
![Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela
![Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717472037_MohdIrwanSerigar.jpg)
Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
![Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269168_Najib.jpg)
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
![Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068377_NajibRazak.jpg)
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.