Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dan sedang menjelaskan pinjaman mereka yang melibatkan kutipan berjumlah RM10.9 bilion, kata Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN Mastura Mohd Khalid.
Sebanyak RM7.9 bilion perlu dikutip daripada kira-kira 600,000 peminjam yang masih belum melunaskan bayaran pinjaman mereka, katanya pada sidang media selepas sesi perbincangan meja bulat PTPTN bersama Majlis Profesor Negera (MPN) di sini, hari ini.
Sesi itu, yang membincangkan kelestarian pembiayaan pendidikan tinggi, melibatkan 25 ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.
Mastura berkata PTPTN memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada 42,084 pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama membabitkan pinjaman berjumlah RM1.25 bilion.
Mengenai perbincangan meja bulat itu, beliau berkata ia membolehkan PTPTN mendapatkan input baharu untuk meneruskan kelestarian menyediakan pinjaman kepada pihak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Sementara itu, Raduan berkata MPN akan mengkaji polisi pengecualian bayaran balik kepada peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama termasuk aspek ketidakseragaman standard ijazah kelas pertama antara pelbagai institusi pendidikan tinggi.
Ketika ini, pengecualian bayaran balik hanya diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dinilai bagi pencapaian atau kecemerlangan akademik 100 peratus.
Beliau berkata aspek kecemerlangan pelajar juga perlu dilihat berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti luar bilik kuliah.
"Ia perlu ditangani dengan cara berhemah agar pemberian pengecualian itu dapat dibuat secara lebih holistik, bukannya hanya bersandarkan kepada pencapaian akademik semata-mata," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
![1.3 juta peminjam telah, sedang jelaskan bayaran PTPTN 1.3 juta peminjam telah, sedang jelaskan bayaran PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492079387_PTPTN.jpg)
Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose (dua, kanan) pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![1.3 juta peminjam telah, sedang jelaskan bayaran PTPTN 1.3 juta peminjam telah, sedang jelaskan bayaran PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492079387_PTPTN.jpg)
1.3 juta peminjam telah, sedang jelaskan bayaran PTPTN
Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dan sedang menjelaskan pinjaman mereka yang melibatkan kutipan berjumlah RM10.9 bilion.
![2.7 juta rakyat Malaysia pegang akaun SSPN-i/SSPN-i Plus 2.7 juta rakyat Malaysia pegang akaun SSPN-i/SSPN-i Plus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486034998_MasturaPTPTN.jpg)
2.7 juta rakyat Malaysia pegang akaun SSPN-i/SSPN-i Plus
Sebanyak 2.7 juta pemegang akaun di bawah SSPN-i/SSPN-i Plus dicatatkan bagi tempoh 2004 sehingga 31 Dis 2016, dengan jumlah deposit terkumpul RM2.6 bilion.
![Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN kalangan penjawat awam meningkat 20 peratus - PTPTN Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN kalangan penjawat awam meningkat 20 peratus - PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436240028_PTPTN.jpg)
Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN kalangan penjawat awam meningkat 20 peratus - PTPTN
Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori.