Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.
"Setelah pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini, sehingga 4 Jan tahun ini, pihak PTPTN telah menyaksikan peningkatan pembayaran balik sebanyak 20 peratus," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, Selasa.
Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.
"Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten," katanya.
Mastura berkata PTPTN telah lama memperkenalkan bayaran balik melalui potongan gaji, tetapi tidak ramai yang membuat pilihan tersebut.
"Pelbagai kaedah boleh diambil oleh peminjam, antaranya, peminjam yang terlibat boleh membuat penstrukturan semula hutang dengan jumlah ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan potongan gaji mandatori itu juga adalah antara langkah terakhir apabila peminjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.
"Potongan mandatori hanya dibuat kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik. Mereka ini telah diberi tempoh membayar balik antara 10 hingga 15 tahun, tetapi tidak pernah membayar pinjaman tersebut.
"Apabila tinggal tempoh hanya setahun sahaja perlu menjelaskan hutang dengan PTPTN, inilah menyebabkan pinjaman yang terpaksa dibayar balik tinggi," katanya.
Bernama
Wed Jan 06 2016
Pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya. - Gambar fail
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.
Penjara, sebatan hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan mati mandatori
Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.
Hukuman mati tidak dimansuhkan, pilihan budi bicara mahkamah - PM
Kerajaan secara prinsip ambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui satu kajian.
Laporan kajian gantian hukuman mati dibentang di Kabinet sebelum akhir Feb
Laporan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri sebelum akhir Februari depan.
COVID-19: Petugas kesihatan di Greece digantung kerja jika tolak vaksin
Kakitangan di pusat jagaan kanak-kanak akan digantung mulai 16 Ogos sekiranya mereka gagal membuat janji temu vaksinasi.
COVID-19: UK tiada rancangan perkenal pasport vaksin
Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom, Nadhim Zahawi menegaskan, negara itu tidak akan mempertimbang pasport vaksin.
Kabinet pertimbang syor pinda hukuman mati mandatori - Takiyuddin
Laporan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori itu baru diterima pihaknya pada 17 Julai lalu.
Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya - Dr Noor Hisham
Muat naik Dr Noor Hisham tersebut disertakan dengan sekeping poster yang berjudul "Jangan turunkan pelitup muka di dagu".
Perkataan 'mandatori' digugur dalam hukuman kes dadah - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, kerajaan mendapati masalah jenayah di Malaysia merungsingkan dan antara jenayah itu ialah penyalahgunaan dadah.
Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah - Doktor
Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan.