Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tersenarai dalam sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS) tidak perlu bimbang.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff, ini kerana ia dibuat untuk melihat sikap peminjam dalam melunaskan pembayaran hutang mereka.
Jelas Wan Ahmad, sekiranya peminjam membayar hutang PTPTN dengan mengikut jadual yang ditetapkan, ia tidak akan memberi sebarang kesan negatif kepada nama peminjam.
“CCRIS ni semua peminjam yang patut bayar. Maksudnya selepas enam bulan tamat pengajian, dia dah patut bayar dia masuk dalam senarai CCRIS.
“Jadi angkanya berubah-ubah sebab sekiranya mereka dah buat bayaran penuh, mereka akan keluar daripada senarai itu,” katanya.
Menurut Wan Ahmad lagi, sudah lebih 300 ribu peminjam yang telah pun membuat bayaran penuh.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran majlis jalinan mesra PTPTN, di Besut, Terengganu.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan menganiayai peminjam.
Idris, secara peribadi telah berkata, beliau sedia membantu peminjam PTPTN sekiranya mereka berdepan dengan tindakan undang-undang serta disenarai hitam di pengkalan data CCRIS.
Sehingga Februari 2016, terdapat lebih 600 ribu peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM5.4 bilion.
Astro Awani
Sun Sep 25 2016
![1.3 juta peminjam PTPTN dalam CCRIS tidak perlu bimbang 1.3 juta peminjam PTPTN dalam CCRIS tidak perlu bimbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461256762_PTPTN.jpg)
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan bahawa PTPTN tidak boleh menganiayai peminjam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631240869_bajet.jpg)
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
![CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.
![Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622460526_bajet.jpg)
Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.
![BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621664416_logoBSN.jpg)
BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar
Sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan terlibat.
![Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61589345149_NorShamsiahMohdYu.jpg)
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.
![Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61493361631_Maybank.jpg)
Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik
Maybank mengingatkan para pelanggannya yang terjejas akibat pandemik agar segera menghubungi bank sekiranya mereka ingin memohon Bantuan Pembayaran Balik untuk pinjaman/pembiayaan mereka.
![RHB sedia beri pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN disenarai hitam RHB sedia beri pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN disenarai hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564065217_RHBBankingGroup.jpg)
RHB sedia beri pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN disenarai hitam
Nazri berkata tidak ada alasan untuk menolak memberi pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka dengan jadual pembayaran balik yang sepatutnya.
![Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562863673_BNM.jpg)
Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.
![Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562748782_TBZURAIDA.jpg)
Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
Peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam CCRIS akan dikeluarkan daripada rekod buruk tersebut dengan membeli rumah pertama.
![Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535414693_TeoNieChing.jpg)
Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual
Jika terdapat warga pendidik yang disabitkan dengan kesalahan salah laku seksual, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas selepas kes itu diputuskan mahkamah.