KISAH seorang remaja berusia 14 tahun, Mohd Syukor Khamis mula menarik perhatian rakyat Malaysia semenjak awal tahun ini.

Syukor yang turut dikenali sebagai budak kerbau atau Mowgli Malaysia mula mencuri perhatian ramai selepas gambar fotogeniknya bersama sekawan kerbau mula tular di laman sosial.

Dari menjadi subjek menarik lensa kamera jurugambar, Syukor melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon pula menerusi sebuah telefilem berjudul Budok Kuba yang bakal disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Kisah hidup Syukor juga telah menginspirasikan sebuah filem pendek Hari Raya, namun Budok Kuba terbitan Arie Zaharie Production merupakan telemovie pertama yang menyaksikan kemunculan Syukor sebagai pelakon utama.

Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu jurugambar Mohd Nazri Sulaiman dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.

Foto yang diambil oleh Mohd Nazri berjaya merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


BACA: Dulu hina, ejek saya dengan kakak, kini... - 'Budak koboi'


Budok Kuba yang diarahkan oleh Hashim Rejab berkisarkan mengenai kisah seorang budak bernama Amar (lakonan Syukor). Ibu kepada Amar diceraikan oleh suaminya sesudah berkahwin buat kali kedua.

Ibu membawa Amar pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk tinggal bersama datuknya. Amar pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup daripada bandar ke kampung, daripada berkeluarga kepada tiada bapa.

Tetapi, selang beberapa tahun, Amar menemui ketenangan di kalangan kerbau-kerbau dan haiwan ternakan lain milik datuknya, Pak Mail (lakonan Wan Hanafi Su).

Haiwan itu semua tak ubah seperti kawan-kawannya sendiri. Konflik membara apabila Zali (lakonan Datuk Fizz Fairuz), bapa Amar, berubah hati setelah hidup bersama isteri mudanya (lakonan Emelda Rosmila) kerana tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu berputus dengan satu-satu zuriat yang tinggal, Zali nekad untuk mengambil dan seterusnya membawa Amar pulang untuk tinggal bersamanya. Namun Amar juga tidak sanggup berpisah dengan haiwan ternakan atuknya – lebih-lebih lagi seekor kerbau kesayangannya.

Setelah didesak, Amar melarikan diri ke pinggir hutan bersama kerbau tersebut, dan segala usaha mencari gagal.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Amar? Jangan lupa saksikan Budok Kuba pada 20 Julai ini, jam 9 malam di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).