ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
1. Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan
Seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat lalu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.
2. Tanah runtuh: Penguatkuasaan undang-undang tidak ketat?
Menurut pakar alam sekitar, negara akan terus menyaksikan kejadian tanah runtuh berikutan beberapa faktor termasuk perubahan iklim global yang membawa impak besar kepada Malaysia menerusi kadar hujan yang tinggi.
3. Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Seorang pemandu maut selepas treler yang dipandunya terbalik di Kilometer 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Slim River, malam tadi.
4. Gunung Baling terbakar
Kedudukan curam dan cuaca semakin gelap antara kesukaran dihadapi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk melakukan kerja-kerja pemadaman Gunung Baling yang terbakar sejak petang Rabu.
5. Bersatu akan hantar surat kepada SPRM, mohon pembekuan akaun dibatalkan - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memohon supaya pembekuan akaun parti itu dapat dibatalkan.
6. Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.
7. Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Selain Dr Mahathir dan Muhyiddin, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan.
8. MAINJ keluar fatwa larangan orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.
9. Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap itu akan mula ditawarkan bermula Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
10. Mahkamah Sepanyol sahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu
Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengekalkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu.
Astro Awani
Thu Feb 02 2023
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.