ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
1. Ugut henti rasuah? Saudara salah pilih Perdana Menteri - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan platform PKR bagi menyuarakan pendirian bahawa beliau tidak gentar dengan sebarang ugutan untuk menyiasat penyelewengan dan rasuah.
2. Usaha 'gugat' ada, tapi Kerajaan Perpaduan akan kekal lima tahun - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menafikan bahawa usaha untuk menganggu-gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin beliau sememangnya wujud.
3. Lokasi program Sekretariat Proklamasi Orang Melayu ditukar lagi
Satu program khas melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual esok berdepan masalah mendapatkan lokasi penganjuran.
4. 'Kamu cuba nak rampas? Silakan... kita siap dengan keris' - Anwar
"Kamu cuba nak rampas (Kerajaan Perpaduan)? Silakan. Tetapi itu tidak mudah. Kita siap dengan keris," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Khas PKR hari ini.
5. Payung Rahmah: KPDN agih baucar barangan elektrik untuk mangsa banjir
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan agihan baucar barangan elektrik sebanyak RM300 kepada 1,000 keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di Johor dan Pahang.
6. Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Keluhan masalah dihadapi penduduk di Pangsapuri Harmoni 1, Putra Height yang dimajukan sebuah syarikat ternama masih menjadi 'tanda tanya' meskipun pihak terbabit telah 'berjanji' untuk menyelesaikannya.
7. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu dicemari insiden pergaduhan
Kekecohan dan pergaduhan tercetus di Dewan Sri Perdana di sini, ketika perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu sedang bersidang, hari ini.
8. Saya lalui pengalaman getir, tak sanggup zalimi, fitnah orang - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak sanggup untuk menzalimi dan menfitnah mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang terpalit dengan siasatan mahkamah.
9. Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.
10. Kerajaaan Perpaduan warisi 'rumah rosak' - Rafizi
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan Perpaduan mewarisi sebuah pentadbiran yang mempunyai banyak kerosakan serta perlu diperbetul.
Astro Awani
Sat Mar 18 2023

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.