INDUSTRI animasi Malaysia kini semakin mendapat tempat dengan kemunculan anak tempatan yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa.
Terbaharu, filem animasi pendek, Walinong Sari meraih kemenangan pada New York International Short Film Festival bagi kategori "Best Soundtrack and Honorable Mention" baru-baru ini.
Walinong Sari, diarahkan Eugene Foo, dan menampilkan Nadia Aqilah sebagai Puteri Gunung Tahan.
Pelakon terkenal lain yang turut menghidupkan watak-watak dalam filem itu ialah Bront Palarae dan Tony Eusoff.
Foo dan penulis skrip, Honey Ahmad mengumpulkan sekumpulan juruanimasi untuk mencipta filem yang diilhamkan melalui wayang kulit.
Irena Taib dan adik-beradiknya, yang juga sebahagian daripada kumpulan indie The Impatient Sisters, menulis runut bunyi.
Antara lain, Irena menggunakan strategi gabungan synthesizer dengan elemen muzik tradisional Malaysia.
Walinong Sari menceritakan kisah seorang puteri yang juga pahlawan hebat, selain menjadi waris kepada kerajaan Inderapura ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.
Puteri Walinong Sari memulakan perjalanan menyusuri Sungai Pahang selepas dijodohkan.
Dia kemudian bertemu putera kayangan, Raja Mambang Segara dan bermulalah konflik.
Kemenangan ini tidak berakhir di situ kerana filem animasi hebat ini akan terus mencuba nasib di beberapa festival filem lain termasuk The Los Angeles International Film Festival, the Oniros Film Awards New York, and the New York International Short Film Festival.
Rahimah Abdullah
Fri Aug 12 2022
Walinong Sari meraih kemenangan pada di New York International Short Film Festival bagi kategori "Best Soundtrack and Honorable Mention".
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Walinong Sari menang anugerah di New York International Short Film Festival
Walinong Sari meraih kemenangan pada New York International Short Film Festival bagi kategori "Best Soundtrack and Honorable Mention".
Murid SK Temong menang anugerah filem animasi di Brazil bakal terima insentif
Pemberian insentif adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka.