WAHEEDA, penyanyi yang pernah menambat hati rakyat Malaysia dengan lagu-lagu pop-etnik fusion seperti Wassini, Binafsha dan Dua Dalam Bahtera kini kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun berehat.
Bekas pemenang tempat ketiga Voice of Asia ini, berehat seketika dari kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.
Kembalinya semula Waheeda yang kini mahu dikenali sebagai komposer, pemuzik, dan pencerita melalui lagu-lagu yang dihasilkan.
Waheeda terus menghasilkan lebih banyak lagu yang menggabungkan unsur-unsur kepelbagaian etnik dunia dengan sentuhan moden, seperti Now I Do, Melodi Ahlan, Sindiran dan banyak lagi.
Lebih dari satu dekad Waheeda memencilkan diri dari mata awam, dengan hanya membuat penampilan sesekali di media sosial.
Peminatnya tertanya-tanya sama ada beliau akan kembali ke arena muzik, atau beliau telah melepaskan minatnya untuk selama-lamanya?
Namun, tahun ini (2023), Waheeda mengejutkan semua pihak dengan pengumuman untuk kembali aktif di arena seni.
"Untuk kehadiran semula ini, saya membawa matlamat untuk menjadikan karya-karya muzik yang saya hasilkan sebagai medium utama untuk menyebarkan ilmu.
"Saya juga ingin berkongsi ruang yang ada dengan bakat-bakat seni tanah air, yang mana sudah lama mencuba nasib untuk menembusi pasaran semasa, saya buka ruang untuk mereka berkongsi karya seni.
"Saya menyimpan impian untuk melihat hasil kerja seni saya dan anak-anak Malaysia yang lain berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga terbuka untuk berkerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya,” ujar Waheeda.
Asah bakat main biola
Sepanjang tempoh berehat, Waheeda juga telah mengasah bakatnya dalam bermain pelbagai alat muzik, seperti biola dan juga memantapkan kemahiran beliau bermain piano.
Ini adalah antara instrumen-instrumen penting yang sentiasa menjadi penyeri dalam lagunya yang disulam dengan rentak dan bunyi moden.
Semua katalog muzik Waheeda yang menampilkan dua album utama iaitu Binafsha dan album Etnik Terbaik AIM 2008; Melodi Ahlan kini boleh didapati di semua platform penstriman utama di seluruh dunia termasuk Spotify, Apple Music, Youtube, Youtube Music, Amazon Music, Tidal, Deezer, dan Joox.
Dalam perkembangan lain, Waheeda kini diurus sepenuhnya oleh Skyson PR, kini sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada di carta terunggul.
Peminat dijangkakan dapat mendengar single baru Waheeda pada suku pertama tahun 2024. - Gempak
Gempak
Thu Oct 26 2023

Waheeda berehat dari kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Waheeda kembali aktif selepas berehat panjang...
Matlamat utama isteri penceramah Akhil Hayy ini ialah menjadikan karya-karya muzik sebagai medium menyebarkan ilmu.

'Saya ambil masa bertahun lamanya, masih belum dapat melupakannya' - Luahan hati Waheeda Wassini
Aduhai... Sedihnya...