KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, bersedia menerima sebarang tawaran berlakon, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan pihaknya.
Jika mendapat tawaran lain, beliau juga mahu melakonkan watak yang berbeza dan keluar daripada imej sebagai seorang ustaz.
"Lepas ini kalau orang ajak saya berlakon boleh, tapi tidak mahu menjadi ustaz sahaja, saya mahu juga watak lain. Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat.
"Kalau skrip cantik (bertepatan), watak jahat sekalipun saya boleh bawak, saya mahu buktikan saya bukan setakat boleh menjadi ustaz sahaja," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Beliau yang muncul sebagai watak utama dalam filem berjudul Zim Zim Ala Kazim terbitan Mawi World Entertainment juga bersedia menerima sebarang pandangan atau kecaman netizen yang kurang senang melihat pembabitannya dalam dunia seni.
"Saya terlibat dalam bidang dakwah sudah lebih 34 tahun, pelbagai cabaran saya lalui termasuklah orang yang tidak suka. Begitu juga dalam bidang ini, pasti akan ada yang mengecam. Mungkin lima tahun akan datang baru orang akan nampak alasan saya buat begini," katanya.
Bahkan, Mohd Kazim turut menggalakkan pembabitan golongan agamawan menceburi bidang lakonan agar dapat bersama dengan beliau menjadikan industri filem sebagai wadah terbaik mendidik rakyat.
"Kalau asatizah turut serta, boleh saling menasihati (kru dan pelakon), semua akan seronok berlakon. Kita jadikan industri filem, drama dan sebagainya ini seronok serta selesa untuk ditonton (semua lapisan masyarakat), tanggapan masyarakat juga boleh berubah.
"Ini yang saya cuba buat, kalau masyarakat beri sokongan dan kepercayaan, saya nak ajak kawan-kawan saya di luar sana, jom kita ikut serta," katanya yang turut mencadangkan dibuat surau bergerak bagi memudahkan pelakon atau kru menunaikan solat di lokasi penggambaran.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam filem Zim Zim Ala Kazim, Mohd Kazim berkata, hampir 80 peratus cerita dalam filem berkenaan memaparkan kisah benar mengenai dirinya yang berdepan dengan penyakit misteri.
"Mungkin ia tidak mencapai kisah sebenar namun masih penuh dengan pengajaran berkaitan amalan sihir dan perbuatan jahat. Kalau nak kira pada cerita original mungkin boleh jadi histeria, cuma kita ringankan tapi kejadian beruk jadian (babak di dalam filem) itu betul... Janji, ia capai matlamat jangan buat jahat," katanya.
Selain Mohd Kazim dan Mawi, filem bergenre seram komedi arahan Mawi dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar.
Filem ini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.
Filem Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal dan dalam satu misi pencarian mereka, kumpulan ini menemukan sesuatu yang pelik. Mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim dalam keadaan bahaya dan mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Ustaz Kazim bersedia menerima sebarang tawaran berlakon, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan pihaknya.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat
"Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat."

Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.

Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang
Kazim Elias merupakan antara 16 penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
Demi untuk kembalikan wajahnya pulih seperti biasa, Ustaz Kazim terpaksa patuh arahan doktor.

Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.

KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias
Pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan telah bertemunya pada Rabu dan beliau dijadual bertemu pakar patologi kulit pada Khamis.

Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi
Ustaz Kazim tegaskan sudah bertahun beliau rahsiakan penderitaan sakit kulit yang dialaminya.

'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim
Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.

Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.

Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.