KISAH pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri mendapat liputan pelbagai pihak.
Malah, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Penerbit dan pengarah filem tersebut, Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan dengan Ustaz Kazim.
“Ketika berjumpa kami berborak dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu.
“Ia adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya.
Ujar Mawi, setelah perkongsian kisah berkenaan, akhirnya dia meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan berhadapan penyakit misteri.
70 peratus kisah benar
Menurut Mawi, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim lantas memberikan persetujuan untuk penghasilan filem berkenaan.
“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.
“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70 hingga 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelasnya.
Berkisarkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal, filem kedua arahan Mawi itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.
Lebih menarik lagi, filem itu turut menampilkan Ustaz Kazim sebagai ‘hero’ serta Mawi sendiri yang berlakon dalam naskhah baharunya itu.
Syarat Ustaz Kazim
Dalam pada itu, Mawi tidak menafikan bahawa pendakwah tersebut ada meletakkan syarat jika mahu kisahnya itu diangkat menjadi filem.
“Syarat paling utama Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero.’ Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.
“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” jelasnya.
Bercerita lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, Mawi memberitahu, ia dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah Ustaz Kazim sendiri di Kampung Manjoi, Perak.
Kulit keluar darah
Ujar Mawi, sepanjang penggambaran ia berjalan lancar, namun mengakui, ada berlaku beberapa kejadian mistik.
“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula.
“Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” ujarnya.
Mengenai filem terbaharu arahannya itu, Mawi berharap agar penonton terhibur dan dapat menerima apa yang ingin disampaikannya.
“Mungkin ada yang suka atau sebaliknya, tetapi sebagai seorang pembikin filem, saya sedia menerima sebarang kritikan dan sudah biasa melaluinya.
“Untuk hasilkan filem ini bukanlah mudah, tambahan pula saya bertindak sebagai penerbit, pelakon dan pengarah,” jelasnya.
Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024.
SINOPSIS
ZIM ZIM ALA KAZIM mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti Paranormal.
Dalam satu misi pencarian mereka, sekumpulan pencari hantu ini telah menemukan sesuatu yang pelik dan mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim didalam keadaan bahaya.
Maka sekumpulan pencari hantu ini mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim. - Gempak
Gempak
Sat May 18 2024

Ustaz Kazim bukan sahaja bersetuju kisahnya difilemkan, bahkan beliau sendiri akan membitangi filem Zim Zim Ala Kazim arahan dan terbitan Mawi.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.