Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon yang kelahiran Palembang, Indonesia itu turut berkongsi wajah dan nama cahaya matanya itu.
"Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf.
"Terima kasih semua buat doanya," tulisnya.
Tya juga turut mencipta akaun Instagram rasmi anak keduanya, @azzahrajiwaasyraf yang mula dikemaskini sekitar pukul 2 pagi tadi.
Akaun Instagram itu memaparkan perjalanan dari Tya mula hamil hingga kemas kini terbaharu.
Khabar gembira itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.