CUKUP menakjubkan!
Tiada perkataan lain yang sesuai bagi menggambarkan konsert sulung kumpulan Korea Selatan terkenal, TWICE di pentas Malaysia di Stadium Axiata Arena pada Sabtu.
Konsert Jelajah Dunia 2019 ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur hasil anjuran iME Malaysia menandakan pertama kalinya pertemuan 'rasmi' di antara TWICE dan fandomnya ONCE.
Apatah lagi apabila konsert awal kumpulan ini di Malaysia pada Julai tahun lalu dibatalkan atas faktor keselamatan.
BACA: TWICE bakal 'Cheer Up' Once di Kuala Lumpur Julai ini
BACA: Kenapa kumpulan K-Pop, TWICE batal konsert di Malaysia pada saat akhir?
Pastinya peluang kedua ini tidak mahu dilepaskan kalangan ONCE yang rata-ratanya ternanti-nanti untuk bersua dengan idola kegemaran mereka.
TWICE membuktikan penantian itu berbaloi apabila membuka tirai persembahan dengan ‘Stuck In My Head’, lagu yang menaikkan semangat ONCE dengan tempo lagu yang rancak.
Biarpun kumpulan nonet itu hanya tampil berlapan tanpa Mina, namun persembahan nyanyian dan koreografi Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu tiada cacat celanya.
Mina tidak hadir kerana masih belum sembuh daripada gangguan kebimbangan (anxiety) and perasaan gusar untuk membuat persembahan.
Lapan gadis jelita tersebut terus menghiburkan ONCE dengan lagu-lagu hit mereka seperti ‘Cheer Up’ dan ‘Touch Down’.
Pada ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert), mereka memperkenalkan diri dalam Bahasa Melayu dan mendapat sorakan gemuruh daripada ONCE.
Ketua kumpulan itu, Jihyo berkata beliau masih ingat akan pembatalan konsert pada tahun lepas dan berkata mereka kini tampil untuk membuat persembahan untuk ONCE.
Kira-kira 10,000 penonton yang hadir dihiburkan lagi dengan lagu-lagu hit mereka seperti "BDZ (Bulldozer)", "YES or YES" dan "Dance The Night Away".
Mereka juga tampil untuk menyanyikan ‘cover’ lagu Bahasa Inggeris Jackson 5 iaitu "I Want You Back" yang sememangnya menaikkan mood peminat.
Selepas menukar pakaian mereka kepada gaun putih, lapan bidadari tersebut mendendangkan lagu yang bertempo perlahan iaitu "After Moon."
Pada ‘ment’ kedua pula, TWICE mendedahkan bahawa lagu "You In My Heart" yang bakal didendangkan merupakan lagu yang ditujukan khas buat ONCE.
Antara seleksi lagu lain yang diperdengarkan pada konsert yang bermula jam 4.30 petang tersebut ialah "Sunset", "Heart Shaker", "Strawberry" dan "Woohoo".
Idola-idola kesayangan ONCE juga membuat persembahan menerusi tiga sub-unit.
Unit pertama yang dianggotai Sana, Dahyun dan Tzuyu (SaDaTzu) mempersembahkan "Dance For You" yang merupakan ‘cover’ lagu penyanyi Amerika, Beyoncé.
Unit kedua pula dianggotai Jihyo dan Momo (JiMo) mempersembahkan ‘cover’ lagu "Goodbye" oleh ahli kumpulan SHINee Taemin yang terkenal dengan koreografi yang sukar dengan sempurna sekali.
Nayeon, Jeongyeon dan Chaeyoung (NaJeongChae) yang menganggotai unit ketiga memberikan persembahan terbaik menerusi ‘cover’ lagu "Born This Way" oleh penyanyi dan pelakon Hollywood, Lady Gaga.
Selepas berehat seketika, kelapan-lapan idol tersebut kembali ke pentas dengan set hologram yang berbentuk prisma dan mengenakan ‘outfit’ baharu yang berwarna merah jambu serta menyampaikan "Likey" dan "What Is Love".
Mereka kemudiannya menjelaskan konsep persembahan unit masing-masing pada ‘ment’ ketiga.
Pastinya lagu-lagu yang paling dinanti-nantikan oleh ONCE ialah "Like Ooh-Aah", "T.T" dan "Fancy".
TWICE tampil dengan kejutan ‘dance break’ pada lagu "Fancy" sekali gus membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga, malah juga dapat mengekalkan vokal yang tinggi.
Setiap elemen termasuk sistem pencahayaan, mainan visual pada skrin dan kesan khas membabitkan bunga api dan asap menambahkan keterujaan penonton.
Sambil menunggu penyanyi K-Pop kegemaran mereka untuk kembali semula ke pentas, ONCE dihiburkan dengan video interaktif dalam bentuk ‘mission’ yang memerlukan penyertaan mereka.
Sejurus selepas selesainya video interaktif tersebut dimainkan, TWICE menghantar "Signal" kepada ONCE.
Dalam pada itu, peminat TWICE memberikan kejutan dalam bentuk video yang menceritakan keterujaan ONCE apabila mereka mendapat tahu bahawa idola mereka akan mengadakan Konsert Jelajah Dunia 2019 ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur.
Video tersebut berakhir dengan lirik lagu ‘Be As One’ dan stadium tersebut bergema dengan nyanyian ONCE ini.
Suasana konsert tersebut bertukar sedih apabila kelapan-lapan ahli tersebut memberikan komen tentang video berkenaan dan mengakhiri komen mereka dengan ayat dalam Bahasa Malaysia.
Ayat seperti 'ONCE, kamu paling baik', 'aku cinta padamu' dan 'tolong ingat saya sampai kita jumpa lagi' yang diluahkan membuktikan menunjukkan bahawa mereka sanggup belajar bahasa yang baharu supaya lebih rapat dengan peminat tempatan.
‘Rapper’ kumpulan tersebut, Dahyun tidak dapat menahan sebak di dada semasa memberikan komen kerana teringat akan Mina yang tidak dapat menyertai mereka pada konsert di Kuala Lumpur pada kali ini.
“Mina ‘eonni’ tidak dapat menyertai kami tetapi dengan ‘Candy Bong’ yang bersinar pada malam ini, saya merasakan kehadirannya bersama kami di sini.
“Terima kasih kerana menunggu kami dan TWICE akan kembali lagi. Sila tunggu kami.
“Terima kasih. ONCE, kamu paling baik!” beliau sempat akhiri komennya dalam Bahasa Melayu yang mendapat sorakan gemuruh daripada para hadirin.
Sementara itu, ‘visual’ kumpulan tersebut Tzuyu bertutur dalam Bahasa Cina dan memberikan mesej khas buat peminatnya yang memahami bahasa tersebut.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih secara ikhlas kepada anda kerana menyokong dan sayang pada saya. Kami telah membuat debut sejak empat tahun lalu dan masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.
“Saya akan terus bekerja keras dan membawa persembahan yang lebih baik untuk anda.
“Jangan tinggalkan kami. ONCE! Aku cinta padamu!” kata Tzuyu dalam bahasa Cina.
Sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu ‘Stuck’, mereka sekali lagi kembali ke set hologram berbentuk prisma untuk keluar dari pentas.
Konsert yang cukup menghiburkan ONCE dengan persembahan 25 lagu dalam tempoh dua jam setengah itu nyata tidak mengecewakan peminat yang hadir malah turut meninggalkan kenangan yang amat manis buat mereka.
Pengakhiran ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur juga menandakan berakhirnya konsert jelajah tersebut.
Konsert Jelajah Dunia 2019 ‘TWICELIGHTS’ melibatkan lapan lokasi yang lain iaitu Seoul, Bangkok, Manila, Singapore, Los Angeles, Mexico City, Newark dan Chicago.
Adakah ONCE ternanti-nantikan kehadiran TWICE sebagai One True 9 (OT9) pada tahun hadapan?
Kongsikan keterujaan anda di ruang komen di bawah!
Isabelle Leong
Mon Aug 19 2019
Kelapan-lapan idol tersebut kembali ke pentas dengan set hologram yang berbentuk prisma dan mengenakan outfit baharu yang berwarna merah jambu serta menyampaikan Likey dan What Is Love. - iME Malaysia
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin
Ribuan orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena.
Himpunan Pembebasan Palestin: Laungan "Bebaskan Palestin" bergema di Axiata Arena
Laungan 'Bebaskan Palestin' dan 'Israel Bacul' bergema di sekitar Axiata Arena apabila peserta mula tiba bagi menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin.
Himpunan Pembebasan Palestin: Rakyat Malaysia sekali lagi berhimpun di Axiata Arena esok
Antara lain, ia juga untuk menghantar mesej yang kuat kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan kekejaman Zionis.
Orang ramai diajak sertai Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini
Orang ramai dijemput menyertai Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini.
Pradeep Kumar bakal gegar Arena Axiata dengan barisan 24 pemuzik klasik, Sabtu ini
Pradeep Kumar merupakan penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza telah mula dijual!
Malam kemuncak All Stars Gegar Vaganza akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.
'Dah dah lah' - Kerap pakai baju pelik, Aina Abdul akui pernah ditegur ibu
Selain itu, dia juga mengambil kira teguran dan nasihat yang pernah diterima sebelum ini dan cuba mencari keseimbangan terhadap setiap persalinan pada konsert itu nanti.