KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, penulis lirik lagu dan pengarah muzik India Selatan, Pradeep Kumar bersama barisan 24 pemuzik klasik serba boleh bakal mengegarkan pentas Axiata Arena di sini dengan persembahan konsert, Sabtu ini.
Artis berusia 38 tahun yang telah membuat persembahan di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, merupakan penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini.
"Pada konsert saya sebelum ini pada 2022 dan 2023, saya pernah membuat persembahan bersama Datuk Mus Quartet yang hanya mempunyai lima artis orkestra tetapi kali ini saya sangat teruja untuk mempunyai 24 pemuzik klasik di atas pentas bersama saya.
"Jumlah kasih sayang dan sokongan yang saya terima daripada peminat di Malaysia amat menggalakkan dan saya percaya konsert ini bakal menjadi hadiah yang sempurna untuk mereka kerana ia akan menjadi gabungan simfoni," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau menjanjikan perminatnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan visual dan audio yang cukup mempersonakan hadirin dari seluruh negara.
Konsert itu juga akan diserikan dengan persembahan bakat lain dari India seperti Anthony Daasan, Kalyani Nair, Rithu Vysakh, Ashwin Suresh, Shallu Varun, Amrit, Bharath Sankar, Jhanu Chanthar dan Tapass Naresh.
Sementara itu, selaku penganjur konsert itu, pengasas bersama Yayasan Aakaar, S.Vinoth Kumar berkata, konsert tahun ini pastinya unik berbanding sebelum ini dengan persembahan boneka tradisional dan wayang kulit sebagai pembuka tirai konsert.
"Ia adalah inisiatif yayasan untuk mempromosikan seni tanah air yang dilihat semakin luntur dari pandangan dan pandangan generasi ini," katanya.
Menurutnya konsert bertenaga yang bermula jam 7 malam Sabtu ini dijangka dihadiri 10,000 peminat.
Yayasan itu juga cuba menampilkan kelainan dengan menganjurkan konsert berkonsepkan kelestarian iaitu antara lain mengurangkan penggunaan plastik.
Pradeep menempah nama dalam dunia nyanyian menerusi filem Tamil 2010, 'Enthiran' apabila mendendangkan beberapa lagu gubahan komposer tersohor, AR Rahman.
Sehingga kini, Pradeep telah merakamkan lebih 100 lagu dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Hindi.
Beberapa tiket untuk konsert 'Naan Pradeep Kumar' masih tersedia untuk direbut di https://www.ticket2u.com.my/event/34388/naan-pradeep-kumar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Pradeep Kumar menjanjikan perminatnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan visual dan audio yang cukup mempersonakan hadirin dari seluruh negara. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pradeep Kumar bakal gegar Arena Axiata dengan barisan 24 pemuzik klasik, Sabtu ini
Pradeep Kumar merupakan penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini.

Pradeep Kumar temui peminat Pulau Pinang Sabtu ini
Penyanyi popular dari India, Pradeep Kumar membuka tirai 2023 dengan konsert Pradeep Kumar in Osai Kekudho yang bakal mengegarkan pentas Setia Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Artis India terkenal Pradeep Kumar tampil kehebatan dalam konsert di KL
Pradeep yang juga merupakan pengarah muzik, mempunyai latar belakang muzik aliran Karnatik atau klasik India.