KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun sepi tanpa penganjuran konsert, Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan barisan artis terkenal India Selatan, yang terbaru konsert penyanyi Pradeep Kumar yang telah memberi kepuasan kepada penonton dan mahu lebih banyak pementasan serupa diadakan.
Pradeep, 36, yang juga merupakan pengarah muzik, mempunyai latar belakang muzik aliran Karnatik atau klasik India, memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 2010.
Filem 'Attakathi', yang ditayangkan pada 2012, menyaksikan pembabitan pertamanya dalam filem Tamil sebagai penyanyi latar dan terus menempa nama selepas itu.
Dengan suaranya yang lunak, Pradeep telah merakamkan pelbagai lagu serta mempunyai ramai peminat terutama di Malaysia, dan ini dibuktikan apabila lebih 2,000 tiket konsertnya habis dijual dalam tempoh dua minit selepas jualan dibuka pada 12 Mei 2022.
Memandangkan sambutan hebat itu, penganjur Yayasan Aakaar melanjutkan sehari lagi, dan sebaik diumumkan, tiket terjual dalam tempoh lima minit sahaja.
Kedua-dua persembahan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 23 dan 24 Julai lepas yang bermula tepat pada masanya tanpa sebarang penangguhan.
Pradeep memulakan persembahannya dengan lagu kerohanian 'Arunagiri Perumale' lagu yang mengisahkan tentang kehidupan penyair Tamil abad ke-15, Arunagirinathar.
Konsert 150 minit itu menampilkan koleksi lagu daripada filem dan yang digubahnya sendiri seperti lagu 'Maya Nadhi' (filem Kabali) 'Aval' (filem Manithan) dan 'Nee Kavithaigala' (filem Maragatha Naanayam) menyaksikan penonton teruja dan turut sama-sama menyanyi menghangatkan persembahan beliau pada malam itu.
Pradeep berkata beliau turut gembira melihat sokongan hebat penonton Malaysia terutama selepas fasa sukar selama dua tahun bagi pemuzik semasa kawalan pergerakan di India dan global berikutan pandemik.
Persembahannya diiringi oleh kumpulan rocknya sendiri dari Chennai, terdiri daripada Tapass Naresh, Jhanu Chanthar, Bharath Sankar, M. Abijith serta penyanyi Subhiksha Rangarajan dan Kalyani Nair. Konsertnya turut diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Datuk Mus Quintet.
Pradeep yang kagum dengan persembahan orkestra itu, mengumumkan hasratnya untuk berkolaborasi dengan pemuzik tempatan.
Tahniah kepada penganjur, Aakaar yang memulakan penganjuran konsert secara kecil-kecilan pada 2019 bertujuan untuk menggalakkan dan memelihara kepelbagaian seni serta budaya dan paling penting untuk mempromosikan artis tempatan.
Yayasan itu juga cuba menampilkan kelainan dengan menganjurkan konsert berkonsepkan kelestarian iaitu antara lain mengurangkan penggunaan plastik.
Bagi mereka yang terlepas peluang, Pradeep akan membuat kemunculan semula hujung tahun ini. Kali ini konsertnya bakal diadakan di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Dengan suaranya yang lunak, Pradeep telah merakamkan pelbagai lagu serta mempunyai ramai peminat terutama di Malaysia. - Foto Facebook/Aakaar Foundation
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Artis India terkenal Pradeep Kumar tampil kehebatan dalam konsert di KL
Pradeep yang juga merupakan pengarah muzik, mempunyai latar belakang muzik aliran Karnatik atau klasik India.