KUALA LUMPUR: Pengarah filem superhero Batman dan Batman Returns serta Planet of the Apes, Tim Burton telah membatalkan program berjumpa peminat di Malaysia akibat dijangkiti COVID-19.
Sutradara ternama Hollywood itu pada asalnya dijadual menghadiri pameran The World of Tim Burton dan sesi beramah mesra dengan peminat di Malaysia pada 21 Mac (esok) berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, di sini.
Bagaimanapun, sesi tersebut kini dibatalkan selepas Burton yang berusia 64 tahun disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.
Susulan pembatalan tersebut, kelas bersama pengarah itu yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama ditangguhkan hingga 14 April ini.
Sebaliknya, ia akan diadakan secara maya dengan maklumat lanjut yang akan dikongsi dalam beberapa minggu akan datang oleh penganjur, Toybox Projects.
Pemegang tiket VIP The World of Tim Burton akan menerima tiket percuma untuk kelas pengarah maya bersama-sama sesi jumpa-peminat selama 10 minit dengan pengarah itu sendiri.
Bahkan, kumpulan pemegang tiket VIP juga akan menerima tanda tangan peribadi daripada Burton sebagai tanda penghargaan dengan butiran pengambilan akan die-melkan kepada mereka kelak.
Mereka akan dapat mengumpul buku The Art of Tim Burton dan barangan di pameran dan tempat pop-up muzium bermula 21 Mac ini.
"Kami di Toybox Projects ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat, penaja dan media yang sabar dan memahami.
"Pameran dan muzium pop-up The World of Tim Burton kekal tidak berubah dan akan tersedia untuk umum dari 21 Mac hingga 30 Julai 2023," kata penganjur dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, Pengurus Koleksi dan Pameran Tim Burton Production Inc., Brandi Pomfret memohon maaf kepada peminat Malaysia atas nama pengarah filem tersebut.
"Kami sangat bersedih untuk berkongsi berita ini dengan anda, tetapi kami telah menerima berita bahawa Burton tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur kerana COVID-19.
"Kami tahu ini akan menjadi kekecewaan yang sangat besar bagi mereka yang berharap dapat melihat beliau pada pembukaan The World of Tim Burton, namun kesihatan Burton adalah keutamaan kami.
"Namun, kami gembira kerana pameran seni diteruskan dan tahu bahawa peminatnya akan memahami dan bersyukur atas peluang untuk melihat karya seninya," kata Pomfret dalam kenyataannya.
Maklumat lanjut mengenai pameran The World of Tim Burton akan dikongsi di laman media sosial rasmi Toybox Project.
Astro Awani
Mon Mar 20 2023

Pengarah filem Hollywood, Tim Burton telah membatalkan program berjumpa peminat di Malaysia akibat dijangkiti COVID-19. - Gambar Instagram @Tim Burton

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tim Burton dijangkiti COVID-19, batal sesi jumpa peminat di Malaysia
Sutradara tersohor Hollywood itu pada asalnya dijadual menghadiri pameran The World of Tim Burton di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur esok (21 Mac).

Digelar Putera Jenayah, ini pelakon yang pernah jadi 'Joker' di layar perak
Selain Joaquin Phoenix yang akan masuk dalam senarai pelakon yang menjadi 'Joker', ini adalah senarai pelakon yang pernah menjadi 'Putera Penjenayah' di layar filem.

Selepas dua dekad, dapat juga Nicolas Cage jadi Superman
Pelakon Con Air ini melunaskan impiannya untuk bergelar Superman setelah filem Superman Lives arahan Tim Burton yang sepatutnya menjalani penggambaran pada 1998 dibatalkan.

Kasihan Nicolas Cage, tak sempat jadi Superman
Cage menerima watak adiwira kesukaan ramai itu pada 1997. Ketika itu namanya memuncak menerusi filem filem aksi Con Air dan The Rock.

Berangan nak wajah persis Angelina Jolie ... ini jadinya!
Obses dengan pelakon terkenal, Angelina Jolie, seorang remaja berusia 19 tahun sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai idolanya itu.

Penyanyi 'The Killers' keluarkan album solo kedua
Penyanyi kumpulan 'The Killers', Brandon Flowers akan mengeluarkan album solo kedua tidak lama lagi.

Nicolas Cage hampir jadi Superman
Beberapa keping gambar yang menunjukkan Nicolas Cage dalam kostum Superman didedahkan.